Marvel Studios secara rasmi telah mengumumkan semua projek mereka untuk MCU Phase 4. Antara yang menjadi sebutan pastinya filem keempat Thor, Love And Thunder.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Taika Waititi akan kembali sebagai pengarah dan Natalie Portman akan kembali semula memegang watak Jane Foster. Jika semuanya berjalan lancar, filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 5 November 2021.

Walaupun tidak diumumkan secara rasmi jalan ceritanya, tetapi Thor 4 akan memperkenalkan watak LGBT pertama dalam MCU. Valkyrie akan diangkat sebagai hero golongan LGBT di mana dalam Love & Thunder nanti, beliau akan mencari pasangan wanita untuk dijadikan Queen Of Asgard.

Valkyie juga akan diangkat sebagai Raja Asgard yang baru di mana Thor akan mengurniakan takhtanya kepada Thor versi wanita. Natalie Portman akan mengambil tugasan tersebut dan menjadi Thor wanita pertama dalam siri filem Marvel.

‘Thor: Love and Thunder’ Will be Thor's last movie -coming November 2021 -Thor will retire from being Thor passing…

Posted by All Things DC and Marvel on Sunday, 21 July 2019

Ada peminat yang kecewa apabila agenda woman power mula tular ke siri Marvel yang lain dan bukan hanya dalam franchise Captain Marvel. Tetapi ada yang kekal positif dengan perkara ini tetapi berharap watak ikonik dalam siri Thor, Beta Ray Bill akan diperkenalkan dalam Thor 4.

Ketika ini, perkara ini cuma rumour dan masih belum disahkan pihak Marvel tetapi sedikit sebanyak memberi hint Chris Hemsworth mungkin akan muncul sebagai cameo dalam mana-mana siri Marvel akan datang. Mungkin dalam Guardians Of The Galaxy 3? Sama- sama kita nantikan.

Anda Mungkin Suka