Bencana banjir yang menimpa beberapa lokasi di Malaysia nyata membawa memberi kesan besar buat orang ramai. Terdapat individu yang kehilangan nyawa yang tersayang serta terdapat keluarga yang terpaksa akur dengan kemusnahan akibat bencana yang menimpa.

Di sebalik bencana yang berlaku, orang ramai serta para netizen dilihat tampil menghulurkan bantuan baik dari segi barangan, kewangan mahupun kudrat dalam memudahkan urusan para mangsa. Dalam pada itu, siapa sangka usaha yang dicurahkan para netizen telah dieksploit oleh orang kenamaan seolah menidakkan hasil kerja orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian pengguna Twitter iaitu @neddokhan, beliau tampil berkongsi beberapa situasi yang berlaku melibatkan orang kenamaan serta beberapa pihak yang mengambil kesempatan terhadap hasil kerja netizen.

Difahamkan situasi ini berlaku di Dewan Serbaguna MBSJ Camelia Seksyen 10 Putra Heights di mana ahli majlis di kawasan berkenaan berkeras menghalang pihak sukarelawan di dewan berkenaan dalam menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa banjir yang lain di luar dewan.

Lebih menyedihkan, barangan yang tersedia di dewan berkenaan dilaporkan sangat banyak melebihi keperluan mangsa banjir di dewan berkenaan. Pihak sukarelawan turut memaklumkan pihak petugas turut menghalang dan dimarah oleh pihak petugas yang berada di dewan berkenaan.

Situasi ini nampaknya turut berlaku di Dewan Bangi Lama dan Kampung Bangi Tambahan di mana hasil kerja penduduk setempat telah menjadi konten pihak KBS Malaysia yang turut memaparkannya di laman Facebook rasmi mereka.

Di Pusat Pemindahan Sementara Parit Mahang dimaklumkan barangan tidak diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Alasan yang diberikan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah barangan tersebut perlu dikumpul dahulu sehingga cukup sebelum diagihkan.

Sementara itu, terdapat netizen yang melaporkan terdapat ahli politik yang turut mengambil kesempatan atas kesempitan orang ramai dengan mencatu barangan bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir di PPS serta turut mengambil barangan berjenama agihan orang ramai terlebih dahulu

Siapa sangka di saat keadaan dilanda bencana banjir, terdapat instafamous yang mengambil kesempatan dengan hadir ke lokasi banjir sekadar untuk membuat liputan dan kemudiannya balik begitu sahaja.

Selain itu, terdapat sekumpulan ‘sukarelawan’ yang tidak jadi untuk tolong membantu di Kampung Tengah, Puchong atas sebab keadaan yang tidak begitu teruk untuk dijadikan konten.

Anda boleh ikuti pelbagai lagi kisah melibatkan ambil kesempatan atas hasil usaha para netizen dengan klik di sini. Agak mengejutkan mengetahui usaha orang ramai nampaknya telah dimanfaatkan buat ‘segelintir’ orang kenamaan melibatkan ahli politik dan juga instafamous.

Tular pada minggu ini apabila dilaporkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memilih untuk membantu mangsa banjir tanpa ‘restu’ pihak atasan.

Angkatan Tentera Malaysia Turun Bantu Mangsa Banjir Tanpa ‘Restu’ Pihak Atasan

Utamakan Mangsa Banjir, Lelaki Ini Guna Brabus G700 6×6 Untuk Hantar Bantuan

Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang