Gulp! Musim panas begini dapat meneguk minuman yang manis dan berais begini sangat nikmat rasanya.

Siapa tahu minuman apakah ini? Kalau sudah tahu boleh kongsikan di laman sosial anda, terima kasih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk yang tidak tahu, di Sarawak dikenali sebagai Teh C Peng Special atau nama Inggeris ialah Three Layer Tea.

Setiap bahan dibuat secara berperingkat dan menghasilkan lapisan warna berlainan.

Dari situlah minuman ini mendapat namanya Three Layer Tea.

Bahan-bahannya terdiri daripada teh uncang, susu sejat dan yang paling penting gula apong atau nipah.

Sekiranya tiada gula apong, gula melaka pun boleh tapi kurangkan kerana lebih manis.

Saya gemar memesan minuman Three Layer Tea ini dengan makanan kegemaran saya, Mee Kolok. Pergh! Nikmat.

Kepada yang lebih suka mencuba di restoran, kebanyakan Chicken Rice Shop dan Dapur Sarawak di Kuala Lumpur turut ada menawarkan minuman ini.

Kalau di Sarawak, boleh didapati di kebanyakan kedai makan.

Akan tetapi, terpulang pada pembuat air untuk kesedapan Three Layer Tea terserlah. Takut nanti komen kenapa tak sedap payah pula saya nak jawap.

Selamat mencuba!

BACA: Aiskrim Gula Apong Di Sarawak, Bikin Anda ‘Terapung-Apung’ Di Kayangan