2007 merupakan tahun yang sangat bersejarah buat Apple. Mereka menceburi arena smartphone dan melancarkan Apple iPhone. Menggabungkan 3 elemen terpenting ketika itu iaitu ‘iPod’, ‘Phone’ dan ‘internet’, Steve Jobs menamakan smartphone keluaran mereka sebagai Apple iPhone.

Ketika itu, pencabar Apple iPhone adalah Nokia, Sony Ericsson dan Blackberry. Masing-masing mempunyai kekuatan dan penggunaan OS yang tersendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apple iPhone model pertama diangap sebagai batu loncatan bukan sahaja buat Apple malah berjaya menjadi ‘trendsetter‘ buat beberapa jenama smartphone yang lain. Berikut merupakan beberapa ‘features’ yang anda mungkin terlepas pandang pada iPhone model pertama.

  1. Skrin iPhone yang sangat ‘besar’

Selain harganya yang premium, Steve Jobs juga mengatakan Apple iPhone dilengkapi dengan skrin yang sangat besar. ‘It’s really big!’. Mungkin agak releven ketika itu memandangkan tidak banyak pengeluar smartphone yang menggunakan full touchscreen.

Ramai juga berpendapat iPhone tidak akan berjaya ketiadaan QWERTY keyboard.

2. Tidak mempunyai capaian ‘3G’

Lupakan 4G LTE. Model Apple iPhone cuma bergantung kepada capaian ‘EDGE’ ketika itu memandangkan iPhone tidak dilengkapi 3G. Capaian 3G pada iPhone mula disertakan pada model kedua.

3. Tiada App Store

Kami hampir terlupa tentang perkara ini. Mana mungkin sebuah iPhone tidak dilengkapi dengan App Store. Dalam erti kata lain, tiada aplikasi Angry Bird dan tiada Whatsapp.

Walaubagaimanpun, gaya penggunaan orang ramai ketika itu yang menggunakan iPhone untuk mendengar muzik dan membuat panggilan tidak memerlukan  mereka itu menggunakan App Store.

4. Cuma ‘wallpaper’ hitam dibenarkan

Apple iPhone pertama tidak mempunyai setting dimana pengguna dibenarkan menukar wallpaper. Oleh yang demikian, cuma wallpaper default bewarna hitam yang digunakan oleh orang ramai.

5. Dilengkapi kamera 2 megapixel tanpa sokongan video

Ketika mana Steve Jobs mengumumkan Apple iPhone disertakan kamera 2 megapixel, ramai yang berpuas hati dengan teknologi yang ada pada model tersebut. Walabagaimanapun, agak mengejutkan Apple iPhone pertama ini tidak dilengkapi dengan sokongan video.

Alasannya adalah Apple tidak bersedia untuk mengeluarkan fungsi video yang ala kadar dan tidak berkualiti. Melihat kepada model-model seterusnya, nampaknya alasan Apple tampak releven.

Apa yang ingin kami sebutkan bukanlah kekurangan yang ada pada Apple iPhone 2G. Model tersebut laris dijual dan disukai ramai berikutan teknologi yang ada ketika itu. Melihat kepada 10 tahun perjalanan Apple, terlalu banyak yang telah berubah dan begitu juga teknologi.

Jenama ini semakin mendapat perhatian orang ramai dan masih ‘hype‘ setiap kali model terbaru dilancarkan. Tahniah buat mendiang Steve Jobs dan Apple kerana berjaya menjadikan iPhone sebagai salah satu smartphone terbaik setiap kali dilancarkan.

Tonton pelancaran yang pada kami pelancaran paling epik Apple lakukan hasil sentuhan Steve Jobs. No gimmick, just quality

Baca lagi: Masih Menyimpan Model iPhone Pertama? Kini Harganya Lebih Mahal Berbanding iPhone 7