Satu ketika dahulu, pernah tular sebuah kereta kancil ‘legend’ yang lusuh ditunda pihak berkuasa. Kini, sebuah kereta Kancil yang tiada bumbung dan hanya memiliki sebuah tayar yang elok telah jadi perhatian ramai.

Lantaran video TikTok yang tular di media sosial, kereta Perodua Kancil itu telah disita dan sebuah lagi kereta Kancil milik pemandu tersebut turut disita pihak berkuasa di Kepong hari ini.

@gurkhalimacha

When the rich gets richer, and the poor gets poorer! As long as it takes you from Point A to Point B. #malaysia

♬ original sound – Gurkhali Macha – Gurkhali Macha

@yonwetwetwet88

Lagu vincenzo cassano baru sesuai..spec mafia punya keta ni🔥🔥🔥 #kancillegend #kancil #fyp #fypシ #tukarbateri #mayshowa

♬ original sound – YOn Wetwetwet – Yonwetwetwet ESR

Bukan itu sahaja, pemeriksaan mendapati pemandu tidak mempunyai lesen memandu malah kereta tersebut tidak mempunyai cukai jalan, tiada bumbung dan tayar hadapan sebelah kanannya pecah. Keadaan fizikal kereta itu tidak seharusnya berada di jalan raya kerana merbahayakan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, pemandu kereta itu turut tidak memiliki lesen memandu dan pihak berkuasa telah mengeluarkan saman pada pemandu itu serta menyita dua kereta Kancil milik pemandu tersebut.

Tambahnya, kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut. Apa pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan kereta Kancil ‘legend’ yang pernah tular sebelum ini pada pautan di bawah.

Sering Dilihat Serata Negara, Kereta Kancil Unik Ini Akhirnya Ditunda Pihak Berkuasa

Didesak Untuk Penuhi Permintaan Kesatuan Pekerja, Akhirnya CEO Proton Akur Untuk Tepati Janji

 

Sumber