Seperti ramai sedia maklum, menjadi jadi satu prosedur penting di mana seseorang individu perlu hadir sendiri ke bank dalam dalam menyelesaikan sesebuah urusan. Hal ini dilakukan dalam menjadi keselamatan pengguna daripada gangguan pihak ketiga.

Dalam pada itu, kelonggaran diberikan buat mereka yang tidak dapat hadir bank atas sebab sakit dan sebagainya di mana terdapat pegawai bank yang akan ke lokasi pengguna dalam memudahkan urusan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Walau bagaimanapun, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pengguna TikTok @nizaabdghani meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap sebuah cawangan bank yang popular di Malaysia berikutan layanan buruk yang diberikan.

@warungkakfaizah

sape yg keje center cimb. mcm ne korang punya attend customer. procedure HQ tak sama dengan branch!! korang ni center sub con ke ???

♬ original sound – Niza Abd Ghani – NAG

Menurut wanita ini, beliau yang sudah menelefon bank ini untuk memaklumkan mahu menukar kad bank bapanya yang mengalami strok. Difahamkan pihak bank pada awal bersetuju memudahkan urusan dengan di mana bapanya sekadar perlu hadir di kawasan luar bank dan akan terdapat pegawai bank yang akan membantu.

Walau bagaimanapun, situasi berbeza yang berlaku apabila wanita ini tiba ke bank di mana pihak bank enggan membantu bapanya sebaliknya memaksa untuk bapanya yang mengalami strok untuk terpaksa masuk ke bank bagi urusan pertukaran kad.

Isu yang berlaku jelas membuat wanita ini berang kerana bukan sahaja seolah ditipu, malah terpaksa menanti sehingga dua jam berikutan pihak bank yang enggan memberi kerjasama.

Beliau memaklumkan terpaksa meminta pertolongan orang lain dalam membantu mengangkat bapanya yang sakit ke dalam bank tersebut.

Insiden yang berlaku kepada keluarga beliau serta dikongsikan di media sosial secara tidak langsung telah mendapat perhatian para netizen yang simpati serta berang dengan layanan pihak bank tersebut.

Sumber: TikTok @nizaabdghani
Sumber: TikTok @nizaabdghani

Sementara itu, terdapat para netizen yang memaklumkan beberapa bank lain masih menawarkan servis yang baik serta turut membantu mereka yang mengalami kesukaran untuk hadir ke bank.

Malah, terdapat netizen yang memaklumkan perhat melihat pegawai bank hadir ke hospital dalam membantu mereka untuk mendapatkan cap jari bagi memudahkan urusan.