Berkawan dengan putera raja mungkin bukanlah satu pengalaman yang dapat dirasakan setiap daripada kita. Buat mereka yang berpeluang merasakan kesempatan pernah berkawan bersama, ia mungkin menjadi salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Jadi tidak hairanlah jika perkongsian kenangan persekolahan bersama Pemangku Raja Pahang ketika ini, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah oleh @rajamohdfaiz di laman Twitternya mendapat sehingga lebih 16,000 retweet.

https://twitter.com/rajamohdfaiz/status/1252188604757012480?s=20

Menurut Mstar yang menemubual lelaki tersebut, pengalamannya bersekolah bersama memberi peluang buat dirinya melihat keperibadian putera sulung Tengku Abdullah dan keluarga diraja ketika itu.

“Saya dan Tengku Hassanal satu kelas dari dajah 1 hingga darjah 3. Masa hari pertama sekolah tu parents semua datang. Tengku Abdullah (Al-Sultan Abdullah) dan Tunku Azizah ada sekali masa tu.

“Masa itu barulah tahu Tengku Hassanal ini anak raja. Bila masuk dalam kelas Tengku Abdullah beritahu cikgu suruh tengok-tengokkan Tengku Hassanal. Baginda siap beritahu kalau Tengku Hassanal buat perangai rotan dia.

“Sampai macam tu sekali. Kiranya tidak ada gap antara orang biasa dengan anak raja. Tengku Hassanal masa tu pun memang berkawan dengan semua orang, tak sombong. Masa pergi kantin pun sekali malah kami pernah duduk semeja,” katanya

Difahamkan Raja Mohd Faiz sebelum ini pernah bersekolah dan berada di kelas yang sama dengan Tengku Hassanal di SK St Thomas, Kuantan, Pahang.

Bukan sahaja tidak mengamalkan jurang dengan murid biasa, malah menurutnya Tengku Hassanal juga pernah menjemput rakan-rakan sekolahnya ke istana bagi menyambut majlis hari jadi beliau.

“Saya masih ingat lagi semasa dijemput ke istana masa birthday Tengku Hassanal. Dengan tak bawa baju spare untuk mandi tiba-tiba Tengku Muhammad tolak masuk ke dalam kolam.

“Lepastu Tengku Hassanal datang tanya ‘Raja ada baju lebih tak?’.Kemudian saya kata ‘tak bawa Tengku. Tengku Hassanal pun ajak masuk bilik dia sambil bibik dia follow dan bagi baju dia untuk saya pakai.

https://twitter.com/rajamohdfaiz/status/1252189831641194497?s=20

Tambah menarik, perkongsiannya mengenai kenangan zaman persekolahan itu turut mendapat perhatian daripada Tengku Hassanal yang menghantar pesanan kepadanya di laman Instagram.

“Terkejut dapat mesej dia di IG. Memang tak expect dia akan reply pasal tweet tu. Dia cakap terima kasih dan dia pun dah lupa kejadian itu. Cuma dia masih ingat pertemuan kami pada 2013,” kongsinya.

Baca perkongsian lain mengenai keluarga diraja Pahang yang kami pernah kongsikan sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

5 Fakta Menarik Mengenai Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah

Ramai Terkesan Dengan Pesanan ‘When I Die’ Tengku Puan Pahang

Kenali Kerabat Diraja Malaysia Yang Mungkin Tidak Diketahui Ramai

Sumber