Ketiadaan headphone jack mungkin bakal memberi masalah buat pengguna khususnya audiophile. Apple iPhone menjadi antara model terawal yang mengeluarkan telefon flagship tanpa headphone jack. Pelbagai pendapat dan troll telah dibuat oleh netizen berikutan pendirian mereka.

Terbaru, dikatakan Motorola, Huawei dan beberapa jenama lain juga bakal mengeluarkan telefon terbaru dengan ketiadaan headphone jack termasuk Samsung. Ya, memandangkan Apple menjadi yang terawal dan Samsung bakal mengikuti jejak langkah yang sama kami jangkakan topik ini akan menjadi sedikit panas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

download

Berdasarkan laporan daripada SamMobile, kemungkinan besar kita akan melihat Samsung Galaxy S8 tanpa headphone jack. Samsung bakal menggantikan port audio dengan penggunaan port USB-C. Seperti juga Apple, kemungkinan Samsung akan menyertakan adapter asing untuk penggunaan audio.

Ketiadaan headphone jack pada model-model telefon terbaru sebenarnya telah dijangka. Port yang sudah digunakan sejak berbelas tahun dilihat tidak lagi releven dan bakal digantikan dengan port yang baru.

mobile-world-congress-2017-mailer-header

Setakat ini Samsung belum memberi kata putus bila masanya Samsung Galaxy S8 bakal dikeluarkan. Pada tahun-tahun sebelum ini Samsung kerap mengeluarkan model flagship mereka ketika Mobile World Congress (MWC) yang berlangsung diakhir Februari.

Khuatir tragedi Samsung Galaxy Note 7 berulang, Samsung kemungkinan akan mengambil masa sedikit lama sebelum produk keluarannya dijual kepada orang ramai.

Sumber