Negara kita dikejutkan dengan kejadian banjir kilat dan fenomena kepala air yang berlaku di Kedah. Antara kawasan yang terjejas teruk adalah Hutan Simpan Gunung Jerai.

Sejak itu, ramai warganet yang membuat spekulasi bahawa wujud aktiviti pembalakan atau kuari di sana. Namun kerajaan negeri dalam kenyataan mereka menafikan semua tuduhan tersebut.

Terbaharu, Ahmad Zulqurnain Ghazalli, seorang P. Geol (Professional Geologist) dan pengarah urusan di Geoventure Solution Sdn Bhd telah memberi pandangan beliau mengenai kejadian alam yang terjadi di Kedah baru-baru ini.

Berikut adalah tulisan beliau mengenai banjir kilat dan fenomena kepala air yang berlaku di Hutan Simpan Gunung Jerai:

Tertarik untuk saya cuba menghadami sudut geologi kawasan berlakunya tragedi Gunung Jerai semalam. Saya kira sebagai seorang ahli geologi profesional mungkin saya mampu memberi sedikit input kepada masyarakat.

1. Secara umumnya batuan di Gunung Jerai terdiri daripada Batuan Granite dan Formasi Jerai. Formasi Jerai ini terdiri daripada batu syis dan kuartzit.

2. Sekarang kita lihat kepada geomorfologi kawasan (Rujuk gambar 1). Terdapat morfologi (bentuk muka bumi) di kawasan itu yang menunjukkan ianya merupakan kawasan Old Dormant Landslide.

238043616_10223864671577094_8299197022207303857_n

Bahasa melayunya adalah “Tanah runtuh pendam-lama”. Tanah runtuh yang berlaku lama dahulu cuma kita dah tak nampak dengan jelas kerana dilitupi pokok dan tumbuhan. Untuk kawasan ini hasil-hasil desk study sahabat saya P. Geol GS Hairil Azwan di gambar 3 menunjukkan morfologi yang lebih jelas.

3. Sebenarnya bukan pertama kali Old Dormant Landslide menjadi antara punca berlakunya bencana di Malaysia. Umpamanya kes tanah runtuh di Amber Court, Genting Highland. Hasil kajian lapangan pasukan geologist kami di Geoventure Solution Sdn Bhd menujukkan Old Dormant Landslide turut menjadi faktor penyebab tanah runtuh selain daripada faktor-faktor lain.

231501138_10223864671497092_5940386878887319916_n

4. Ramai juga yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi lokasi Old Dormant Landslide di Malaysia. Bahkan seminggu sebelum mentor saya, arwah Prof Tajul Anuar Jamaluddin pergi menghadap ilahi. Sempat kami rancak merancang cadangan kajian berkenaan Old Dormant Landslide ini.

Di saat bencana geologi sebegini berlaku, pastinya ulasan dari arwah sangat dirindui. Al-Fatihah buat beliau.

5. Kembali kepada Gunung Jerai. Menarik apabila saya semak nota kuliah Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed (UKM) yang menunjukkan di dalam peta semenangnya telah dinyatakan akan kewujudan tanah runtuh di kawasan tragedi (rujuk gambar 2). Yang warna kuning itu merupakan tanah runtuh yang telah dicerap dahulu. Ternyata tanah runtuh ini telah dikesan awal oleh pengkaji terdahulu.

236118725_10223864671777099_7611033746127306218_n

6. Jadi secara asasnya. Kawasan ni sememangnya tidak stabil dari sudut geologinya.

7. Namun pastinya ada faktor pencetus berlakunya kejadian ini. Terlalu ramai yang telah berkongsi di laman sosial. Ianya kerana intensiti hujan turun mencurah-curah pada 18hb Ogos 2021 yang luar dari kebiasaan. (Rujuk gambar 4).

8. Ianya tiada kaitan dengan pembalakan. Elevation di kawasan yang dikatakan itu adalah 120m dari aras laut. Elevation puncak Old Dormant Landslide itu pula adalah 623m dari aras laut. Mana mungkin air naik ke atas bang. Posisi pun berbeza sisi dan lokasi yang jauh. (Rujuk gambar 1).

234160200_10223864672417115_786158585625270824_n

9. Namun semestinya kajian lebih menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak berautoriti. Saya yakin pihak berwajib telah memulakan langkah kajian. Cuma desk study ini sekadar hasil kajian melalui imej satelit dan pembacaan saya.

10. Akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa. Moga Allah SWT menjadikan asbab ujian ini untuk mengangkat martabat kita orang beriman.

Kerajaan negeri lapor tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kerajaan Negeri Lapor Tiada Aktiviti Pembalakan Di Hutan Simpan Gunung Jerai