Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau berjanji untuk memberi perhatian terhadap perkara yang dibangkitkan berkaitan Touch ‘n Go (TNG) termasuk isu monopoli.

Menerusi laporan Astro Awani, beliau telah ditanyakan soalan sama ada kerajaan berhasrat untuk menamatkan monopoli TNG menerusi sesi soal jawab bersama belia pada hari semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sehubungan itu, beliau telah menjawab dengan mengatakan syarikat tersebut telah beroperasi selama lebih dua dekad namun tiada perkembangan atau kemajuan yang menyakinkan dalam sistem itu.

Oleh itu, kerajaan mungkin pertimbang semula monopoli TNG. Malah, beliau turut memberi jaminan kerajaan akan terus melindungi hak bersuara rakyat selagi tidak menyentuh soal kaum serta agama dan memecah belahkan masyakat. Kerajaan juga tidak akan bertindak ke atas sesiapa pun kerana memberi pandangan.