Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengisytiharkan tiada kereta rasmi baharu akan dibeli untuk kegunaannya dan tiada pengubahsuaian akan dilakukan di pejabatnya kerana setiap ringgit dana awam adalah penting, lapor Free Malaysia Today.

“Pembaziran mesti dielakkan dalam pentadbiran saya. Ini budaya baharu yang ingin dihidupkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Fikirkan apa yang anda boleh simpan – RM100, RM1000, RM10,000 – yang boleh dikembalikan kepada orang yang lebih memerlukan. Saya bermula dengan komitmen untuk tidak mengambil gaji, tetapi apa yang penting ialah jangan membazirkan apa yang kita ada,” katanya.

“Ini adalah pesanan kepada semua ketua jabatan supaya ingat bahawa dalam keadaan sekarang kita harus memulakan budaya baharu. Jangan gunakan wang kerajaan untuk kemudahan kita sendiri,” katanya.

Anwar yang ditemui pemberita selepas majlis kesyukuran di masjid Ashabus Solihin di Sungai Long, Kajang berkata, semua wang kerajaan akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi mengelak pembaziran yang sering berlaku dalam kerajaan terdahulu.

Tambah beliau lagi, satu pertemuan dengan jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya hari ini yang akan memberi tumpuan kepada mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Beliau dijadual menghadiri mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara.

Terdahulu, Anwar Ibrahim yang diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 telah mengumumkan bahawa menangani kos sara hidup akan menjadi keutamaannya.

Beliau juga menyatakan bahawa tidak akan menerima gaji perdana menteri dan hanya akan menerima elaun yang dibayar kepada ahli Parlimen yang mana beliau merupakan Ahli Parlimen Tambun.