Kadang-kala apabila kita memandu di lebuh raya, akan ada beberapa kawasan ditutup satu atau dua lorong bagi kerja-kerja pembaikkan jalan. Selalunya akan ada kon dan papan tanda berlampu meminta pemandu perlahankan kenderaan dan menukar lorong yang lebih selamat.

Bagaimanapun baru-baru ini seorang pengguna jalan raya merakam satu situasi di mana dia terpaksa menukar lorong ke kiri secara mengejut setelah mendapati ada beberapa lori di hadapannya tidak bergerak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkongsian video Facebook Ahmad Shahir Arif itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai yang mempersoalkan kenapa tiada kon sejauh beberapa ratus meter diletakkan untuk memberitahu kepada pengguna lorong kanan terdapat kerja-kerja pembaikan di hadapan mereka.

Ada beberapa netizen turut mendakwa mereka pernah ‘terkena’ situasi seperti ini di beberapa lokasi lain yang mana semua pengguna jalan raya terpaksa membrek kecemasan dan menukar lorong untuk mengelak daripada melanggar lori-lori yang ada di hadapan mereka.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Orang ramai berharap agar jabatan-jabatan kerajaan berkaitan dapat campur tangan dalam hal ini supaya para kontraktor tidak ambil mudah terhadap keselamatan pengguna lebuh raya.

Sementara itu netizen turut menyamakan situasi tersebut dengan kemalangan maut yang melibatkan tiga beranak yang merempuh sebuah lori yang ketika itu pemandu lelaki sedang menjalankan kerja pembaikan pembahagi jalan tengah dan berhenti di lorong paling kanan bagi meletakkan kon.

Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan tiga sekeluarga maut di Kilometer 216 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Jejantas Ayer Keroh telah direman tiga hari bermula Sabtu hingga Isnin (hari ini).

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.