Thailand bercadang untuk mengecualikan kuarantin wajib terhadap pelancong asing yang sudah divaksin apabila tiba di pulau peranginan Phuket, bermula 1 Julai bagi menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Sebagai persiapan untuk pembukaan semula itu, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn berkata sekurang-kurangnya 70 peratus daripada penduduk di pulau itu akan diberi suntikan vaksin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Inisiatif ‘Phuket Tourism Sandbox’ yang dicadangkan oleh Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) akan menjadi pembukaan semula pertama untuk pelancong yang divaksin sebelum diperluaskan ke destinasi pelancongan lain seperti Koh Samui, Pattaya, Chiang Mai dan Krabi.

Menurut Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha yang mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi Ekonomi (CESA) telah meluluskan inisiatif ‘Phuket Tourism Sandbox’ dan mengarahkan TAT untuk membincangkan rancangan itu dengan gabenor Phuket dan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) sebelum melaksanakannya.

Tambahnya, pelancong yang divaksin dan diuji negatif COVID-19 boleh mengunjungi Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin. Inisiatif ‘Phuket Tourism Sandbox’ itu kini sedang menunggu persetujuan Kabinet.

Apabila diluluskan, pulau peranginan itu akan dibuka semula tiga bulan awal berbanding wilayah lain. Thailand merancang untuk membuka semula pintunya kepada pelancong asing yang sudah divaksin tanpa perlu dikuarantin pada Oktober.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa destinasi di Thailand yang mungkin menarik minat anda kunjungi selepas pandemik berakhir.

Lihat Lokasi Awesome Di Pattaya, Thailand Yang Ramai Tidak Tahu

Ini Senarai Makanan Halal Yang Anda Boleh Cuba Di 7-Eleven Thailand

Ini Sebab Mengapa Wujudnya Kampung Jawa Di Bangkok, Thailand

Sumber