Daripada namanya, aplikasi ini bukanlah aplikasi untuk membantu masalah mereka yang mengalami masalah berdengkur, apatah lagi membantu untuk mendapatkan seekor Pokemon yang juga mempunyai nama yang hampir sama.

Aplikasi Snorelax yang dibangunkan oleh pembangun dari Belanda ini membolehkan pengguna bangun daripada tidur apabila ia mengesan kesesakan jalan raya. Contohnya, jika anda sering tentukan waktu bangun anda setiap hari pada pukul 6 pagi, aplikasi ini bakal menggerakkan anda lebih awal apabila mendapati terdapat kesesakan lalu lintas. Cool bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2016-08-18 at 6.36.17 PM

Anda juga akan diberi info lokasi dimana berlaku kesesakan lalu lintas bagi membolehkan anda melalui jalan altenatif yang lebih cepat. Antara yang menarik mengenai aplikasi ini pastinya UI atau antaramuka yang sangat membantu moden dan minimal.

Setakat ini Malaysia masih belum mendapat akses kepada aplikasi ini. Pengguna lebih memihak untuk mencuba aplikasi ini di sekitar Eropah berikutan sistem pengangkutan yang lebih sistematik. Dua harapan kami mengenai aplikasi kami adalah menyediakan pilihan platform khususnya buat pengguna Android. Kami juga mengharapkan Snorelax turut menyokong map Asia Tenggara. 

Snorelax-penggera-1

Buat masa sekarang aplikasi Snorelax cuma dibangunkan khas buat iOS dengan harga penjualan $1.99. Harga yang sangat berpatutan untuk sebuah aplikasi telefon pintar meskipun memberikan kesan penggunanya untuk lebih produktif. Kami harap pembangun aplikasi ini turut menyediakan pilihan buat platform Android.

Dengan adanya aplikasi ini, kemungkinan alasan-alasan seperti jalan jam, hujan dan sebagainya tidak lagi sesuai untuk digunakan. Bos anda mungkin antara individu yang paling gembira apabila aplikasi ini mula dilancarkan buat pasaran Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=x9t_ugki9Kg

Sumber