Sebelum ini, AirAsia dan Malindo Air tidak lagi menyediakan daftar masuk bagasi percuma untuk tiket penerbangan termurah. Kini Malaysia Airlines pula melakukan perkara yang sama untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa kecuali penerbangan ke Madinah dan Jeddah.

Menurut jadual yang dipaparkan di bawah, penerbangan domestik kelas Economy Lite kini tidak lagi menerima bagasi daftar masuk percuma, manakala penerbangan antarabangsa untuk kelas Economy Promo hanya menawarkan bagasi daftar masuk 20kg sahaja. Maklumat tambahan, penerbangan kelas ekonomi masih lagi boleh membawa “hand carry” percuma 7kg.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Malaysia Airlines
Sumber : Soya Cincau

Rombakan yang dilakukan ini akan berkuatkuasa untuk tempahan bermula dari 8 April dan yang seterusnya. Jadi, anda dinasihatkan untuk memeriksa terlebih dahulu maklumat bagasi daftar masuk anda sekiranya memilih kelas Ekonomi untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Manakala untuk ahli Enrich pula, mereka tidak perlu risau akan rombakan yang dilakukan ini kerana masih lagi menerima bagasi daftar masuk tambahan secara percuma.

Penerbangan Domestik:

Enrich Domestik vckt
Sumber : Malaysia Airlines.com

Penerbangan Antarabangsa:

Enrich International vckt
Sumber: Malaysia Airlines.com
Sumber