Supreme telah memenangi kes mereka terhadap barangan tiruan jenama berkenaan yang dijual secara terbuka di Itali selama ini. Menurut laporan Wait Fashion, sebanyak 120,000 produk telah dirampas oleh pihak berkuasa Italy.

Rampasan ini turut sama dijalankan di negara berdekatan Itali seperti San Marino. Supreme berdepan masalah di Itali kerana syarikat yang tidak langsung mempunyai hubungan dengan Supreme, Supreme Barletta a.k.a Supreme Italia ini bebas menjual Supreme tiruan di Itali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengasas Supreme, James Jebbia tidak mempunyai hak kepada nama ‘Supreme’ dan disebabkan itu Jebbia mempunyai masalah untuk menghalang Supreme Barletta dari terus beroperasi di Itali. Tetapi disebabkan kolaborasi Supreme x Loius Vuitton tahun lalu, nama jenama Supreme semakin naik di Eropah dan memudahkan urusan James untuk menutup operasi Supreme Barletta di Itali.

supreme duffel

Supreme Barletta sedikit sebanyak mengelirukan peminat fesyen yang mungkin baru mahu mengenali jenama Supreme ini. Harga yang ditawarkan Supreme Barletta bukannya murah dan disebabkan itu ramai yang menganggap Supreme Barletta ini adalah tulen dan dari Supreme USA.

Buat masa ini, tiada butik rasmi Supreme di Itali dan menurut laporan, Supreme ingin membuka lebih banyak butik rasmi Supreme di Eropah. Dengan berita ini, kemungkinan besar butik terbaru Supreme di Itali akan dibuka di sana.

Sumber