Jika anda masih ingat mengenai produk aksesori paling laris dari Apple, dongle fon telinga 3.5mm nampaknya tidak tersenarai di dalam senarai aksesori percuma untuk setiap pembelian iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Namun pembeli tidak perlu risau kerana anda masih boleh membeli dongle tersebut di laman web Apple atau di stor Apple dengan harga USD9 (+-RM38). Seperti kita ketahui Apple mula memperkenalkan keluaran iPhone tanpa audio jack pada pengeluran iPhone 7 atas sebab ingin mengetengahkan idea untuk menikmati muzik dengan teknologi tanpa wayar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikhabarkan juga dongle tidak disediakan untuk iPhone 8 keluaran baharu. Pasti selepas ini dongle fon telinga 3.5mm akan menjadi produk dengan permintaan tinggi di laman web dan juga stor.

Pengguna boleh layari laman web Apple untuk mengetahui spesifikasi penuh menegenai barisan iPhone terbaharu.

Sumber