Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia selepas kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman tersebut dan digantikan dengan hukuman lain mengikut budi bicara Mahkamah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, keputusan ini dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian
Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku
Jaafar, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara Mahkamah,” kata kenyataan tersebut.

Pihak kerajaan juga menerima dan mengambil maklum cadangan Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang diketuai oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Y.Bhg Tun Richard Malanjum dan dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah (criminologist).

Kini terdapat 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu (1) kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara Mahkamah.

“Keputusan berkaitan perkara ini menunjukkan keutamaan Kerajaan untuk memastikan hak semua pihak adalah terpelihara dan terjamin sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambahbaik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik,” kata Wan Junaidi.

8 hukuman mati paling kejam pernah dijalankan dalam sejarah. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

8 Hukuman Mati Paling Kejam Pernah Dijalankan Dalam Sejarah

Wartawan Dedah Kisah Belakang Tabir Penjenayah Botak Chin Sewaktu Di Penjara

Kisah Banduan Akhir Ke Tali Gantung Yang Pasti Buat Anda Insaf