Pada hari semalam seluruh pemain dan peminat industri automotif tempatan dikejutkan dengan berita Ferrari menamatkan kerjasama dengan Naza Italia selepas hampir 15 tahun syarikat Malaysia itu mengukuhkan lagi jualan dan penjenamaan supercar Itali itu.

Dalam kenyataan rasmi daripada pihak Kumpulan Automotif NAZA, ketidakserasian strategi Kumpulan NAZA berbanding kehendak bisnes Ferrari S.p.A (Ferrari) merupakan sebab utama penamatan kerjasama sebagai pengedar rasmi tunggal jenama kereta mewah Itali berkenaan menerusi Ferrari Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kumpulan NAZA telah mengkaji semula bisnes automotif kami termasuk mengenalpasti jenama yang bersesuaian bagi memantapkan bisnes automotif NAZA.

“Keputusan ini tepat pada waktunya dan membuka ruang untuk NAZA memberi tumpuan kepada jenama lain di bawah bisnes automotif. Langkah ini bakal membolehkan NAZA memperuntukkan sumber perniagaan kepada jenama lain yang telah dikenalpasti dalam strategi bisnes automotif NAZA. NAZA akan terus memberi sokongan kepada Ferrari untuk memudahkan segala proses peralihan menjelang April 2023.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Ferrari atas hubungan perniagaan yang sekian lama terjalin. Semoga jenama Ferrari terus mencapai kejayaan,” petik kenyataan rasmi Kumpulan Automotif NAZA.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.