Sejak beberapa tahun terakhir ini, sering kali kita semua pengguna jalan raya melihat penjaja memilih untuk menjual makanan atau minuman di persimpangan lampu isyarat. Masa menunggu lampu isyarat bertukar daripada merah ke hijau antara yang digunakan penjaja menjalankan jual beli antara pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, situasi ini mungkin tidak lagi berulang selepas ini berikutan kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan terus mengenakan tindakan terhadap penjaja di bahu jalan di persimpangan lampu isyarat di negeri tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Sinar Harian

Menurut pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, tindakan yang bakal diambil bukan bertujuan untuk menyekat sumber rezeki mana-mana pihak sebaliknya ia menyalahi peraturan serta mengundang bahaya kepada mereka dan pengguna jalan raya lain sendiri.

“Berniaga di tempat berbahaya terutama di rezab jalan boleh mengundang kecelakaan dan nahas. Selama ini hanya tindakan advokasi diambil, namun kita akan laksanakan penguatkuasaan dalam waktu yang terdekat ini.” katanya ketika ditemui pada Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan Bil. 1/2022 di Plaza Tol Ipoh (U), PLUS arah selatan.

Dimaklumkan tiada lagi kompromi antara JPJ dan penjaja di mana tindakan perundangan terus kepada penjaja yang berniaga di persimpangan lampu isyarat akan diambil. Denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan sekiranya disabitkan kesalahan antara yang bakal dikenakan.

Difahamkan, ini bukanlah pertama kali amaran ini disebutkan. Malah, sekitar 215 penjaja di lampu isyarat telah disaman pihak penguasa sepanjang Januari lalu dalam memberi pengajaran kepada pihak yang terlibat.

Tular pada minggu ini apabila iklan pengguna Facebook ini menjadi perhatian netizen selepas sedia menjual Yamaha 125zr yang didakwa ‘rare’ dengan harga mencecah RM95,000.

‘Simpan Tak Rugi Jual Tak Kaya’, Yamaha 125zr Ini Diiklankan Dengan Harga Mencecah RM95,000

Kecewa Bekas Teman Wanita Mempunyai Kekasih Baru, Lelaki Di Perlis Ini Nekad Bakar Diri Sendiri

Ini Sebab Mengapa Papan Tanda Family Mart Di Cameron Highlands Hanya Berwarna Hitam Putih

Sumber