Pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA & KLIA2) bakal mengalami transformasi menjelang pertengahan 2019. Hal ini telah disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini.

Menurut kenyataan beliau, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) akan menggantikan pemeriksaan keselamatan secara manual yang memerlukan pegawai keselamatan untuk meraba penumpang kepada penggunaan mesin x-ray dan pengimbas di setiap terminal pemeriksaan keselamatan.

Teknologi ini bukanlah yang pertama digunakan di dunia tetapi lapangan terbang di Amerika Syarikat terlebih dahulu telah menggunakan kemudahan ini.

AMERICA

Kecanggihan dan keberkesanan teknologi ini tidak dapat disangkal lagi dengan terbuktinya kejayaan dalam mengesan objek tersembunyi di badan penumpang. Diharapkan dengan penggunaan teknologi sebegini akan menaikkan tahap keselamatan di lapangan terbang sekaligus dengan mudah mematahkan jenayah rentas sempadan.