Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Hampir setahun hadir dengan pelbagai ura-ura, akhirnya Samsung secara rasminya telah melancarkan siri flagship terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S21. Melalui siri yang dilancarkan pada kali ini, Samsung telah menampilkan tiga model iaitu Samsung Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra.

Pelancaran siri Galaxy pada kali ini merupakan sinambungan daripada siri Galaxy sebelum ini. Model bernombor 21 ini dipilih sempena tahun pelancaran iaitu 2021.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Mengikut jejak langkah Apple untuk menyelamatkan alam sekitar, Samsung juga nampaknya turut tidak menawarkan pengecasan bersama telefon pintar menerusi model terbaru ini. Berikut merupakan tiga model yang dilancarkan Samsung menerusi atur cara terbaru ini.

Samsung Galaxy S21

samsung-galaxy-s21-06158

Sumber: CNET

Samsung Galaxy S21 hadir sebagai model dengan harga terendah daripada siri ini. Walau bagaimanapun, model ini masih tampil premium berdasarkan rekaan dan spesifikasi yang ditawarkan.

Model ini hadir dengan skrin 6.2-inci Quad HD+ beserta refresh rate 120Hz. Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy S21 di Malaysia dikuasakan oleh processor Exynos 2100. RAM 8GB dan ruang storan 256GB antara yang ditawarkan beserta pilihan untuk menambah ruang storan melalui kad microSD sehingga 1TB.

Dari segi bateri, Samsung Galaxy S21 hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh beserta pengecasan pantas yang dikemas kini. Pengguna juga berpeluang mengecas Samsung Galaxy S21 menggunakan pengecasan tanpa wayar.

Pada bahagian belakang, model ini dilengkapi dengan tiga kamera menampilkan lensa ultra-lebar 12-megapixel, lensa lebar 12-megapixel dan lensa telephoto dengan sensor sebesar 64-megapixel. Samsung Galaxy S21 turut disertakan dengan kamera hadapan untuk swafoto dengan sensor 10-megapixel.

Samsung Galaxy S21+

Model kedua daripada siri ini adalag Galaxy S21+. Model ini hadir dengan saiz skrin yang lebih besar daripada Galaxy S21+ dengan penawaran paparan 6.7-inci Dynamic AMOLED 2X beserta refresh rate 120Hz.

Samsung Galaxy S21+ turut berkongsi processor, RAM dan ruang storan yang sama dengan Galaxy S21 walau bagaimanapun model ini disertakan dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,500mAh.

Pada tahun ini, kedua-dua kamera yang tersedia pada Samsung Galaxy S21 dan S21+ adalah sama.

Samsung Galaxy S21 Ultra

Model yang dinantikan ramai sejak sebelum dilancarkan akhirnya telah tiba. Model ini dilihat sebagai taruhan terbaik Samsung dalam menampilkan telefon pintar Android terbaik di pasaran ketika ini.

Samsung Galaxy S21 Ultra hadir dengan skrin 6.8-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X. Dari segi spesifikasi, model ini dilengkapi dengan RAM 12/16GB beserta ruang ruang storan 256/512GB. Apa yang membuatkan model ini unik adalah sokongan rangkaian 5G.

Apa yang menarik pada model ini adalah penawaran sensor sebesar 108-megapixel pada lensa sudut lebar. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan sensor 12,10 dan 10 megapixel bagi lensa ultra lebar, zum serta telephoto.

Sesuai dengan saiznya yang besar, model ini disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh beserta sokongan pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar.

Harga

image

Samsung Galaxy S21 hadir dengan harga terendah iaitu RM3,699 diikuti dengan Galaxy S21+ iaitu RM4,299. Sesuai dengan spesifikasi future proof setidaknya untuk tiga tahun ini, Samsung Galaxy S21 Ultra hadir dengan harga yang premium iaitu RM5,299 bagi model 12GB RAM dan 256GB storan dan RM5,899 bagi model dengan 16GB RAM dan 512GB storan.

Berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan, nampaknya Samsung tidak menawarkan perubahan yang besar pada siri Galaxy pada tahun ini berbanding model tahun lalu. Harga yang ditawarkan juga boleh dikatakan agak premium bagi pasaran Android. Sama-sama kita nantikan ulasan lanjut mengenai telefon pintar terbaru daripada Samsung ini.

Ketahui juga ramalan Steve Jobs pada tahun 1990 yang akhirnya menjadi kenyataan pada tahun ini.

Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Tidak Berniat Tiru Apple, Xiaomi Rancang Buang Pengecas Sejak Dari 2015 Lagi

 

Anda Mungkin Suka