Sebuah ikatan perkahwinan yang terbina selama 19 tahun berakhir apabila pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty disahkan telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurut laporan, Ellie mengatakan keputusan untuk berpisah diambil kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman. Bagi Ellie, ia adalah suatu keputusan yang sukar tetapi dia sudah memikirkannya masak-masak.

Dalam pada itu, Ellie turut mengucapkan terima kasih kepada Azri atas pengorbanan dan segala kenangan bersama. Tambahnya, Azri adalah seorang bapa yang sangat menjaga anak-anak dan dia berharap agar orang ramai mendoakan yang baik untuk mereka berdua.

Difahamkan, Ellie telah melaporkan permohonan cerai ke atas suaminya, Azri sebelum Ramadan lalu. Untuk rekod, Ellie dan Azri berkahwin pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Anak keduanya, Nur Aliah Omar Iskandar meninggal dunia selepas 15 minit dilahirkan, manakala anak keempatnya iaitu Ahmad Muhammad Iskandar meninggal dunia dalam kandungan berusia lima bulan ketika penggambaran filem Penanggal.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Ellie Suriaty dan juga Azri Iskandar pada pautan di bawah. 

Terpaksa Tipu Ellie Suriaty Pergi Bengkel Kereta, Azri Iskandar Tekad Ambil Suntikan Vaksin

Ellie Suriati Kritik Filem Mael Totey Tidak Capai Standard, Syahmi Sazli Kekal Tenang Terima ‘Teguran’