Setelah hampir 27 tahun mendirikan rumah tangga, pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa beliau telah bercerai dengan isterinya, Melinda French Gates.

“Setelah kami melalui pelbagai cabaran dalam membina rumah tangga, jodoh kami tidak panjang dan akhirnya kami memilih untuk mengakhiri perkahwinan kami,” ujar Bill menerusi ciapan yang ditulis di Twitter semalam. Keputusan itu dibuat setelah perbincangan mendalam diadakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memetik laporan Sky News, Bill dan Melinda Gates bertemu semasa mereka berdua bekerja di Microsoft. Mula terbitnya detik percintaaan semasa mereka menghadiri satu jamuan makan malam khas untuk meraikan para pekerja di Microsoft pada 1987.

“Hendak tackle hati Bill sangat susah. Selepas beberapa bulan berkawan, barulah dia nak ajak saya keluar dating,” kata Melinda dalam satu program bual bicara bersama Saleforce.

Bill dan Melinda kemudiannya melangsungkan perkahwinan mereka di Hawaii pada tahun 1994 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Namun, jodoh mereka tidak panjang disebabkan tiada lagi persefahaman dalam perhubungan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, Bill dan Melinda memaklumkan bahawa mereka akan terus berhubung dan bekerjasama dalam memastikan Yayasan Bill dan Melinda Gates terus kekal beroperasi bagi membantu mereka yang memerlukan.

Setakat ini, yayasan berkenaan telah menderma sekurang-kurangnya AS$1.75 bilion (~RM7.18 billion) untuk program pencegahan wabak COVID-19. Untuk rekod, Melinda Gates dilaporkan memiliki nilai kekayaan bernilai $70 billion (~RM 287 billion) memetik laporan portal Spear’s.

Ini ramalan terbaharu Bill Gates mengenai COVID-19. Anda boleh membacanya melalui pautan di bawah ini.

‘Ini Adalah Tragedi Yang Luar Biasa’ – Ini Ramalan Terbaharu Bill Gates Mengenai COVID-19

Bill Gates Dedah Sebab Mengapa Beliau Pilih Peranti Android Dan Bukannya iPhone

Bill Gates Dakwa Bitcoin Bahaya, Minta Ia Diharamkan