Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sepanjang bulan ini, isu saman ekzos bising menjadi bualan ‘hangat’ rakyat Malaysia di media sosial. Rata-rata dilihat keliru dan tidak bersetuju dengan saman yang mereka terima.

Ekoran kejadian tersebut, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan kesalahan menggunakan ekzos bising motosikal hanya akan dikenakan tindakan advokasi, iaitu pengeluaran notis untuk temu siasat oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →
vocket-tiada-lagi-saman-ekzos-bising-4

Sumber Gambar: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

“Saya telah meneliti ucapan Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) termasuk pandangan beliau tentang penguatkuasaan terhadap ekzos bising motosikal.

“Saya ingin maklumkan bahawa MOT (Kementerian Pengangkutan) telah membuat satu keputusan, bahawa pada peringkat ini lebih elok tumpukan kepada pendekatan advokasi iaitu dikeluarkan Notis 114 daripada tindakan saman,” katanya kepada media.

vocket-tiada-lagi-saman-ekzos-bising-2

Sumber Gambar: Sinar Harian

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata JPJ akan menggunakan dua pendekatan advokasi terhadap kesalahan pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran.

Notis Temu Siasat, di bawah Seksyen 114(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Notis akan dikeluarkan bagi tujuan siasatan dan pengumpulan maklumat melalui aduan yang diterima oleh pihak JPJ berkaitan kesalahan pengubahsuaian tanpa kebenaran ekzos motosikal.

Pemilik kenderaan yang menerima notis itu perlu tampil memberikan keterangan di mana-mana cawangan JPJ untuk membantu siasatan.

Notis Arah Periksa Kenderaan mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Notis dikeluarkan bagi menjalankan penguatkuasaan terhadap kenderaan motor pemilik yang disyaki melakukan kesalahan pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran.

Pemilik kenderaan wajib mengemukakan atau membawa semula kenderaan motor ke mana-mana pejabat JPJ bagi tujuan pemeriksaan sebagai bukti pembaikan terhadap ekzos telah dibuat dan mematuhi kaedah pembuatan dan kegunaan.

vocket-tiada-lagi-saman-ekzos-bising-3

Sumber Gambar: Johor Kini

Setakat 5 Mac lalu, sebanyak 10,166 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Khas Ubah Suai Ekzos (bising) di seluruh negara bermula 1 Mac, menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Apa pandangan anda mengenai inisiatif baru daripada pihak kerajaan ini? Adakah ia lebih efektif menyelesaikan isu ekzos bising? Kongsikan pendapat anda pada ruangan komen.

Pada akhir bulan Februari lalu, pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan ekzos bising.

Pemilik Kenderaan Ekzos Bising Boleh Didenda Atau Penjara Enam Bulan

Isu Saman Ekzos Bising, Penjual Dan Pengeluar Juga Perlu Dikenakan Tindakan

Melaram Pakai ‘Ekzos Perang’, 10 Pemuda Kena Tukar Semula Ekzos Asal Di Balai Polis

 

Anda Mungkin Suka