Peningkatan laporan berkaitan pautan palsu yang mengakibatkan kerugian ribuan sejak kebelakangan ini. Pihak CIMB kini mengambil inisiatif dengan lebih proaktif dalam membendung masalah ini daripada berlaku terhadap para pelanggannya.

CIMB Bank Berhad kini mengumumkan bahawa mereka bakal beralih sepenuhnya ke sistem pengesahan transaksi SecureTAC dalam menggantikan sistem sistem SMS OTP menjelang separuh pertama tahun 2023.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: klgadgetguy

Ini juga merupakan satu tindakan untuk mengikuti gesaan BNM yang ingin bank berhenti menggunakan sistem SMS OTP yang dilihat menjadi punca kepada kes-kes penipuan sejak kebelakangan ini. Dengan sistem SecureTAC ini, semua transaksi pengguna boleh dibuat dengan pantas dan selamat menerusi satu tap di aplikasi sahaja.

Untuk lebih menjamin keselamatan, hanya peranti yang didaftarkan dan dipautkan pada CIMB Clicks sahaja yang boleh membuat sesuatu transaksi ke pihak lain.  Selain itu, CIMB menyatakan mereka bakal menghentikan penyertaan URL pada SMS yang dihantar kepada pelanggan.

Langkah ini dijangka akan dilaksanakan seawal penghujung tahun 2022 ini. Dengan ini, ia dapat mengelakkan pengguna daripadad menekan klik pautan-pautan yang berbahaya daripada pihak ketiga atau penjenayah siber. CIMB bakal menghebahkan lagi berkaitan perkara ini apabila ia dilaksanakan kelak.