Laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mungkin antara salah satu laman yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia terutama buat mereka yang mencari pekerjaan.

Daripada jawatan untuk lepasan SPM sehinggalah golongan profesional, laman ini sentiasa menjadi pilihan masyarakat kita untuk ‘memburu’ pekerjaan seterusnya dalam perkhidmatan awam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda merupakan salah seorang yang sentiasa mengunjungi laman terbabit, sudah pastinya anda akan sangat kenal dengan pautan SPA8i yang menjadi laman ataupun sistem untuk mendaftarkan diri sebagai pemohon pekerjaan.

Kini selepas beberapa tahun menggunakan SPA8i sebagai sistem untuk memohon pekerjaan, SPA baru-baru ini mengumumkan pihak mereka tidak lagi akan menggunakan sistem tersebut dan akan beralih sepenuhnya kepada sitem pendaftaran yang baru dikenali dengan SPA9.

EiuTe0nU8AE45Kf
Pengumuman mengenai peralihan ke SPA9.

“SPA akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) mulai 28 September 2020.

“Pemohon sedia ada di bawah SPA8i yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh tidak perlu mendaftar semula SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baru,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

spa9
Tangkap layar pautan SPA9 yang akan mula beroperasi 28 September.

Sehubungan dengan peralihan itu, SPA juga di laman sesawang mereka memaklumkan penutupan Borang SPA8i bagi kerja-kerja menaik taraf ke SPA9 bermula 23 September 2020 (Rabu) / 10.00 pagi sehingga 28 September 2020 (Isnin) / 10.00 pagi.

Penutupan SPA8i ketika ini juga menurut pihak mereka dibuat bagi melancarkan proses peralihan tersebut yang kini sudah pun berada pada fasa terakhir bagi menaik taraf sistem sedia ada untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik.

spa9press

Baca juga perkongsian kami mengenai gambar tular orang ramai beratur panjang untuk menghadiri temuduga di Manjung pada semalam di pautan di bawah. 

Jadi Tumpuan Seluruh Malaysia, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Di IKM Lumut Pada Semalam

‘Pandai Menari Sambil Membuka Durian?’- Kerja Kosong Ini Mungkin Sesuai Buat Anda

Mr. DIY Tawar 1,000 Kerja Kosong Dengan Gaji RM1,200 Sebulan