Buat anda yang pernah menggunakan iPhone yang mempunyai storan 16GB, pasti anda mengetahui betapa peritnya apabila anda harus kerap membuang gambar dan aplikasi yang kurang anda perlukan di dalam iPhone anda. Anda juga terpaksa bekorban untuk mendapatkan game atau aplikasi yang bersaiz besar semata-mata disebabkan ruang storan yang kecil.

storage-almost-full-15

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Suatu lagi berita baik daripada Apple, Apple kemungkinan tidak lagi akan mengeluarkan model iPhone seterusnya yang mungkin diberi nama iPhone 7 dengan storan 16GB. Sebaliknya storan 32GB bakal menjadi model dengan ruang storan terendah. Suatu langkah yang bijak serta memudahkan ‘iPhone user’.

Buat anda yang sudah menggunakan iPhone 128GB dah masih merasakan tidak cukup, anda tidaklah perlu risau memandangkan Apple bakal mengeluarkan iPhone dengan ruang storan 256GB. Sangatlah besar ruang storan 256GB buat sebuah telefon pintar.

record-4k-iphone-6s-badge

Dengan teknologi terbaru serta rakaman berdefinisi 4K mungkin agak wajar buat seseorang yang sering menggunakan fungsi ini untuk mendapatkan iPhone dengan ruang storan yang besar.

Terdapat beberapa lagi penambahbaikan sempena pelancaran Apple iPhone 7 untuk kami kongsikan kepada anda pada artikel seterusnya. Apakah yang anda harapkan daripada iPhone 7. Kongsikan dengan kami di rungan komen di bawah.

Sumber