Larangan penggunaan penyedut minuman plastik telah bermula semenjak awal tahun ini namun pihak berkuasa Selangor akan mengambil langkah lebih tegas apabila bermula 1 Julai ini, semua premis makanan dan minuman di Selangor dilarang untuk menyediakan straw plastik secara terbuka kepada pengguna.

Menurut Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor Hee Loy Sian, keputusan ini telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Langkah ini turut melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk meletakkan syarat dalam Permohonan Lesen Perniagaan untuk proses pembaharuan lesen dan permohonan lesen baharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, penyedut minuman cuma akan diberikan sekiranya diminta oleh pengguna. Keputusan ini juga selari dengan polisi kerajaan untuk mengurangkan penggunaan ‘single-use plastics’ seperti beg plastik, polisterin dan banyak lagi.

straw
Sumber: The Star

PBT juga akan melaksanakan pemantauan dari masa ke semasa ke atas semua premis di Selangor untuk memastikan perlaksanaan larangan penggunaan straw ini. Usaha ini merupakan salaah satu langkah untuk membantu mengawal masalah kesan jangka masa panjang penggunaan plastik sekaligus menjaga alam sekitar.

Sumber