Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Jika anda perasan setiap kali anda ingin checkout ketika membeli tiket penerbangan, pasti anda perasan akan caj yang akan dikenakan kepada anda. Ini merupakan satu berita buat anda.
Kini, AirAsia tidak lagi akan mengenakan yuran pemprosesan kepada pelanggan mulai Oktober ini. Hal tersebut diumumkan oleh CEO AirAsia sendiri iaitu Tony Fernandes melalui Twitter miliknya.
I’m pleased to announce that @Airasia is removing processing fee from October. We still still have some charges to drive traffic to cheaper , safer and less fraudless methods. But there Will be methods with no fees. no more process#technologyrules #makingairfaresaffordable
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) July 30, 2019
Jika sebelum ini,bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 jika menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 melalui UnionPay. Walau bagaimanapun, jika pelanggan membuat pembayaran menggunakan aplikasi BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang dikenakan.
Malah, menurut Tony Fernandes, pembatalan bayaran pemprosesan tersebut bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab penerbangan tambang rendah. Ini merupakan satu usaha yang baik dan pastinya lebih ramai orang boleh melancong dengan harga murah dan tanpa perlu membayar lebih.
Baca lagi: Promosi ‘Mega Sale’ AirAsia Kembali Sehingga 4 Ogos 2019
- SUMBER
- The Edge Markets