Jika anda perasan setiap kali anda ingin checkout ketika membeli tiket penerbangan, pasti anda perasan akan caj yang akan dikenakan kepada anda. Ini merupakan satu berita buat anda.

Kini, AirAsia tidak lagi akan mengenakan yuran pemprosesan kepada pelanggan mulai Oktober ini. Hal tersebut diumumkan oleh CEO AirAsia sendiri iaitu Tony Fernandes melalui Twitter miliknya.

https://twitter.com/tonyfernandes/status/1156022351772782597

Jika sebelum ini,bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 jika menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 melalui UnionPay. Walau bagaimanapun, jika pelanggan membuat pembayaran menggunakan aplikasi BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang dikenakan.

Malah, menurut Tony Fernandes, pembatalan bayaran pemprosesan tersebut bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab penerbangan tambang rendah. Ini merupakan satu usaha yang baik dan pastinya lebih ramai orang boleh melancong dengan harga murah dan tanpa perlu membayar lebih.

Baca lagi: Promosi ‘Mega Sale’ AirAsia Kembali Sehingga 4 Ogos 2019