Sejak semalam tular sebuah perkongsian video seorang penunggang motosikal ditendang polis trafik selepas cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut beberapa laporan media, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di berlaku ketika anggota trafik membuat pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ di Jalan Temple, Sibu pada tengahari semalam.

Video tersebut yang kembali dikongsikan di media-media sosial mula tular dan mendapat perhatian daripada Polis Sarawak yang kini difahamkan sedang menyiasat anggota tersebut.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Walaupun cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dibuat itu namun lelaki tersebut difahamkan bukanlah membuat sebarang kesalahan besar sebaliknya hanya tidak mempunyai lesen memandu dan juga cukai jalan yang telah tamat tempoh.

Perkongsian itu sejak semalam mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen dengan ada yang berpendapat ianya adalah sesuatu yang patut dilakukan.

komen

Manakala tidak kurang juga yang mengganggap ianya sesuatu yang melanggar standard operasi prosedur (SOP) yang sepatutnya diamalkan pihak berkuasa.

Bagaimanapun menurut satu akaun di Twitter yang sering berkongsikan dengan netizen mengenai perkara berkaitan ketenteraan dan kepolisan, @Marchforward, kejadian tersebut sepatutnya tidak menjadi isu.

Bagaimana pula pendapat anda mengenai kejadian ini? Adakah anda bersetuju dengan apa yang dikatakan netizen atau anda mempunyai pendapat sendiri mengenai penunggang motosikal yang cuba mengelak daripada sekatan jalan raya yang mungkin boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Sebenarnya jika anda tidak membuat salah anda tidak perlu melarikan pun daripada polis seperti lelaki ini yang tenang sahaja bila ditegur polis ketika bergambar bersama kasut ‘kelip-kelip’ nya ketika PKP baru-baru ini.

Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen

Disangka Penjenayah, Aksi Kelisa Dikepung Pihak Polis Di Banting Ini Timbulkan Persoalan Netizen