Peringatan buat semua yang ingin pulang ke kampung halaman, lorong tambah nilai Touch ‘n Go di lebuh Raya Utara-Selatan tidak akan beroperasi mulai esok dan sepanjang cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan menurut Bernama.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Ini adalah salah satu langkah bagi mengurangkan kesesakan teruk yang akan berlaku di sepanjang Plaza tol Plus menurut Yusuf Abdul Aziz, Pengurus Wilayah Tengah Plus Malaysia Berhad.

“Bagaimanapun pusat khidmat pelanggan kami di beberapa plaza tol akan beroperasi seawal 7 pagi sehingga 10 malam setiap hari bagi kemudahan pengguna membuat urusan tambah nilai,” kata Yusuf.

Dianggarkan lebih 1.6 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya Plus bermula esok. Pihak Plus menasihatkan pengguna untuk mengisi kad Touch ‘N Go mereka lebih awal supaya sebarang kesulitan dapat dielakkan. Anda boleh mengisi kad Touch ‘n Go anda di stesyen minyak, ATM dan 7-Eleven antaranya.

Jadi jangan lupa untuk isi kad Touch ‘n Go anda sebelum memulakan perjalanan. Kalau anda berdepan masalah, anda boleh menelefon Plusline 1-800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik, bantuan PlusRonda dan informasi lain. Berhati-hati ketika di jalan raya ya?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group