Seperti yang anda tahu, peranti HUAWEI kini tidak lagi disertakan dengan aplikasi Google. Tapi, semua tu tak jadi masalah pun kerana HUAWEI kini telah memperkenalkan gedung aplikasinya tersendiri iaitu HUAWEI AppGallery untuk semua perantinya!

Nak tahu apa lagi yang menarik tentang HUAWEI AppGallery? Jom kami terangkan!

Tak ada masalah dengan ketiadaan Google!

Bagi yang tertanya-tanya tentang fungsi HUAWEI AppGallery, anda dah boleh tersenyum lebar sebab apa sahaja aplikasi dan perkhidmatan yang tersedia di Google Play Store, HUAWEI AppGallery juga mempunyai fungsi yang sama! Jom layan dulu video ni:

Kalau Google Play Store terkenal dengan aplikasi Gmail, HUAWEI AppGallery pula mempunyai aplikasi e-mel HUAWEI yang boleh sync kepada lebih daripada satu domain e-mel, termasuk Gmail. Jadi, lepas ni lebih mudahlah untuk anda mengakses e-mel peribadi dan kerja dengan satu aplikasi sahaja!

1

Perkhidmatan essential dari HUAWEI AppGallery!

Bukan itu je, HUAWEI AppGallery turut memperkenalkan pelbagai aplikasi baru yang boleh membantu urusan seharian anda, setaraf dengan aplikasi penting yang sering kita gunakan di Google. Antaranya adalah:

HUAWEI Cloud

7

Berbanding Google Drive, HUAWEI Cloud menyediakan penyimpanan sehingga 50GB percuma selama setahun!

HUAWEI Video & HUAWEI Music

6

Menggantikan Google Play Music dan Google Movie & TV, HUAWEI Video dan HUAWEI Music memberikan anda Akses Premium Percuma selama 3 bulan!

HUAWEI MeeTime

6771

Walaupun dalam keadaan pengcahayaan rendah atau dalam rangkaian yang lemah, aplikasi panggilan video MeeTime ni menyediakan audio dan resolusi yang tinggi dan stabil! Anda juga boleh berkongsi skrin dengan pemanggil, sekaligus menjadikan ia sebagai aplikasi yang sesuai digunakan sama ada untuk bekerja ataupun sesi catch up dengan yang tersayang!

HUAWEI Theme App & Member Center

8

Lebih menarik, HUAWEI AppGallery juga mempunyai HUAWEI Theme App dan Member Center yang berfungsi dalam memberikan sokongan dan memenuhi semua keperluan anda!

Quick Apps, akses aplikasi tanpa perlu muat turun!

2

Ciri baru HUAWEI AppGallery turut memperkenalkan fungsi ekslusif Quick Apps yang membolehkan anda mengakses aplikasi tanpa perlu memuat turun dan berfungsi dengan segera di telefon tanpa syarat. Jimat masa dan data! Best kan?

5

Anda yang suka main game pun tak ketinggalan sebab di HUAWEI AppGallery ni, ada macam-macam jenis game yang anda boleh main dari game lokal hinggalah game international, semua ada!

Faedah tanpa henti kepada pengguna HUAWEI AppGallery!

New-Update-App-Version-Malay

Selain aplikasi-aplikasi hebat, HUAWEI AppGallery juga memberikan pelbagai kebaikan secara berterusan kepada penggunanya, seperti penebusan ganjaran dan faedah serta akses kepada pelbagai aplikasi seluruh dunia, khususnya games!

3-630×380

Paling mengagumkan, HUAWEI AppGallery juga boleh dikategorikan sebagai salah satu aplikasi yang paling selamat dan telah dianugerahkan CC EAL 5 terbaik dalam industri serta sijil keselamatan.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan produk terbaru dari HUAWEI (HUAWEI Siri P40, MatePad Pro dan Watch GT 2e) di sini dan rasai sendiri pelbagai faedah dan ganjaran menarik di HUAWEI AppGallery!

9

Sempena musim PKP berlangsung, HUAWEI AppGallery sedia menghiburkan anda melalui aplikasi yang ditawarkan serta fungsi yang tersedia. Turut dikongsikan, lima sebab HUAWEI MatePad Pro berbaloi untuk dimiliki.

Hiburkan Hari-Hari Anda Ketika PKP Dengan HUAWEI AppGallery. Memang Terbaik!

Mudah Dan Pantas, Ini 5 Sebab Huawei MatePad Pro Berbaloi Untuk Dimiliki