Netflix sentiasa memberikan anda siri drama yang terbaik dan seronok untuk ditonton seperti Umbrella Academy, Stranger Things, You dan banyak lagi. Pasti ada daripada anda yang pernah mendengar atau menonton siri Netflix iaitu Messiah yang penuh dengan kontroversi, bukan?

Untuk pengetahuan anda, siri Messiah hanya akan berakhir dengan siri pertama dan tiada siri kedua. Perkara tersebut dikongsikan oleh salah seorang pelakon dalam siri tersebut iaitu Wil Traval di laman sosial Instagramnya.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Bagi anda yang tidak tahu, Messiah mendapat kritikan di seluruh dunia terutama sekali daripada Muslim kerana cerita tersebut mengandungi sentimen subtextual anti-Islam. Malah, Suruhanjaya Filem Diraja Jordan juga pernah meminta Netflix untuk mengharamkan cerita tersebut di Jordan.

Mungkin disebabkan pelbagai aduan dan kritikan diterima Netflix membuatkan pihak Netflix membatalkan siri tersebut.

Adakah anda sudah menonton Messiah di Netflix? Jika sudah, apakah pandangan anda tentang siri tersebut?

Sementara itu, netizen turut pernah mendakwa bahawa siri Messiah ini seperti ingin beri imej yang buruk tentang Imam Mahadi. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Netizen Dakwa Siri Baharu Netflix Ini Mahu Beri Imej Buruk Kepada Imam Mahdi

Netflix Sahkan Musim Kedua ‘Umbrella Academy’

Ulasan The Platform, Filem ‘Mind Blown’ Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia

Anda Mungkin Suka