Kecoh di media sosial apabila Janna Nick didakwa telah persendakan artis K-Pop, Lisa BlackPink mengaitkan namanya dengan nama tidak baik. Hal tersebut telah mengundang kemarahan netizen dan menyebabkan Janna Nick menutup akaun media sosial miliknya secara sementara.

Lantaran itu, dalam satu sidang media khas semalam, Janna Nick memohon maaf kepada pihak yang terasa hati dan terguris dengan kontroversi tersebut serta mengatakan dirinya tidak bermaksud sedemikian rupa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut peguam yang mewakili Janna, Ben Syazmin dari Tetuan Tan Norizan & Associates, turut hadir untuk memberi penjelasan terhadap isu tular berkenaan serta tindakan undang-undang yang bakal diambil pelakon itu.

Menurut Ben, laporan polis sudah dibuat termasuk aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara itu dan masih lagi dalam siasatan lanjut.

Tambahnya, menerusi insiden berlaku ini, Janna menerima beberapa ugutan jenayah, ugutan bunuh, fitnah dan dakwaan palsu yang memerlukan tindakan serius diambil atas faktor keselamatan.

Walau bagaimanapun, Janna dan peguamnya tidak mengulas lanjut kerana kes terbabit masih dalam siasatan dan dikategori atas ugutan jenayah. Janna turut menafikan beliau menggelar atau menyamakan Lisa BlackPink sebagai Lisa BlackPig. Apa pendapat anda akan isu ini?

Bagi anda yang terlepas kontroversi ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Janna Nick Tutup Akaun Instagram Dan Twitter Selepas Didakwa Persenda Artis K-Pop

Pernah Label Netizen ‘Loser’, Janna Nick Menangis Minta Maaf Dan Kesal Gaduh Dengan Netizen

Sudah Habis Hujah, Janna Nick Label Netizen ‘Loser’ Selepas Bertikam Lidah Soal Filem Di Twitter

Sumber