Jika anda boleh membeli kasut Nike, Vans, dan adidas di seluruh dunia, anda mungkin tidak dapat membelinya di Korea Utara. Mengapa tiada langsung jenama dari luar negara di Korea Utara?

Pertamanya kerana dasar negara berkenaan yang tidak membenarkan jenama luar memasuki Korea Utara (sekatan ekonomi) dan keduanya mereka menghasilkan sendiri kasut ‘sneakers’ yang akan dipakai oleh rakyatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ryuwon Shoe Factory adalah sebuah kilang pembuatan kasut di Korea Selatan yang sudah beroperasi sejak 1988 lagi. Kim Jong Un akan mengarahkan kilang ini untuk mengkaji kasut dari seluruh dunia dan ‘menirunya’ untuk dijual kepada penduduk Korea Selatan.

Ryuwon adalah kilang terbaik di Korea Utara dalam bidang pembuatan kasut sukan. Sepasang kasut adidas diletakkan di bahagian pembuatan kasut (pemberian khas daripada Kim Jong Un) supaya pekerja lebih bermotivasi untuk menghasilkan kasut yang berkualiti seperti adidas di Ryuwon.

Sneakers North Korea 4
Gambar Kim Jong Un ketika membuat lawatan di Ryuwon Shoe Factory. Kredit gambar: AP Photo/Dita Alangkara
Sneakers North Korea 1
Kasut ‘adidas’ versi Korea Utara Kredit gambar: AP Photo/Dita Alangkara
Kim Jong Un
Kim Jong Un memeriksa produk keluaran Ryuwon Shoe Factory

Walaupun penduduk di Korea Utara tidak didedahkan dengan barangan ‘mewah’ dari luar negara, tetapi mereka tahu kewujudan jenama seperti Nike dan adidas. Mereka juga sebenarnya ‘teringin’ untuk menyarung sneakers yang bergaya. Disebabkan itu Ryuwon Shoe Factory menghasilkan kasut yang bergaya serta persis jenama luar untuk rakyat Korea Utara.

Korea Utara turut menjadikan Vietnam sebagai rujukan dalam penghasilkan kasut kerana keupayaan kilang di Vietnam menghasilkan kasut untuk jenama terkemuka dunia. Kemungkinan besar Korea Utara turut akan memasarkan kasut jenama mereka ke peringkat antarabangsa untuk mengembangkan ekonomi negara berkenaan.

Sneakers North Korea 3
Kasut untuk dijual. Kredit gambar: AP Photo/Dita Alangkara

Begitulah betapa Korea Utara mahu mengekang pengaruh luar daripada ‘meracuni’ minda penduduk Korea Utara. Mereka tiada pilihan lain selain menggunakan produk buatan negara mereka sahaja dalam kehidupan harian; tiada kebebasan untuk memilih.

Jika anda ada perancangan untuk ke Korea Utara, jangan lupa untuk beli sepasang kasut buatan Ryuwon Shoe Factory sebagai buah tangan pulang ke Malaysia nanti.

Sumber