Ibu mana yang tidak sedih apabila anak kesayangan masih mengharapkan para rakan sekelas yang dijemput hadir ke majlis hari jadi dia. Si anak kecil ini masih menunggu sedangkan ibu mengetahui para jemputan tidak akan datang hanya kerana anaknya seorang budak lelaki autistik yang mempunyai masalah dalam perhubungan dengan orang lain disebabkan oleh epilepsi dan autisma tahap sederhana.

Lalu ibu ini memuatnaik rasa hatinya di sebuah Facebook Group komuniti. Respon yang diterima oleh ibu dan anak kecil ini dalam masa sejam selepas status tersebut ditulis bakal membuatkan anak kecil ini dicemburui ramai orang. Malah, wajah majlis hari jadi tampil menjadi lebih istimewa dan bakal diingati sentiasa.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

ht_Glenn_Cake_4_kb_150223_16x9_992
Hadiah dari bapanya, John Buratti

Nama budak lelaki ini ialah Glenn Buratti. Dia telah menjemput 16 orang rakan sekelas tadikanya dari sebuah sekolah di Florida untuk hadir ke majlis hari jadinya yang ke-6 pada minggu lepas. Ibunya menyatakan tiada sesiapa pun yang memberi respon di atas jemputan tersebut. Melihat kesedihan anak, ibunya Ashlee telah menulis ini di Facebook Group “Osceola Rants, Raves and Reviews List”, yang memiliki 10,000 ahli:

“I know this might be something silly to rant about, but my heart is breaking for my son. We invited his whole class (16 kids) over for his 6th birthday party today. Not one kid came. He keeps asking ‘when will my friends get here?’”

Facebook Group “Osceola Rants, Raves and Reviews List”, yang memiliki 10,000 ahli
enhanced-6548-1424697171-5

Post itu telah menjadi viral dan inilah yang telah berlaku selepas itu:

15 kanak-kanak dan para ibu bapa dari kawasan sekitar hadir ke majlis hari jadi anaknya.

ht_Glen_firetruck_1_kb_150223_4x3_992

Bukan itu sahaja, mereka ini turut disertai oleh anggota bomba dan polis:

enhanced-3958-1424697346-19

Hadiah buat Glenn:

enhanced-3452-1424697346-15

enhanced-14290-1424697350-25

kidgifts1

Ini yang bakal dicemburui ramai orang! Polis dan bomba telah membawa trak bomba, kereta polis, van SWAT dan unit anjing buat majlis Glenn. Malah sebuah helikopter turut terbang rendah untuk melambai Glenn:

ht_Glenn_Helicopter_3_kb_150223_4x3_992

1424744368479

enhanced-3934-1424697348-17

enhanced-6176-1424697348-14

enhanced-14312-1424697350-7

enhanced-25041-1424697350-18

enhanced-32105-1424697348-8

firetruck_hat

ht_Glenn_Sheriif_2_kb_150223_4x3_992

Video Glenn bersama tetamu-tetamu di majlis hari jadinya:

Liputan berita:

Ayahnya, John Buratti mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menjadikan majlis anaknya lebih istimewa dan luar biasa.

“Huge thank you to Osceola County Sheriff’s Department, Osceola County Fire Rescue and Frank who owns Koffee Kup for coming to our house today for my son Glenns Birthday. He had such a great time! I’m sure the neighbors were peeking out of their windows or taking cover. Such an amazing thing for our local law enforcement and fire fighters to do for us. Thank you to everyone involved.”

John Buratti mengakui anaknya yang menghadapi epilepsi dan autistik tahap sederhana mempunyai masalah dari segi sosial, dan sukar untuk menguruskan kelakuannya ketika di dalam kumpulan. Tetapi apa yang berlaku pada hari itu telah menggembirakan anaknya selepas dia menerangkan apa yang sedang berlaku.

Sumber: John Buratti, AshBuratti, ABC News, BuzzFeed, GlobalNews

LIKE Facebook The Vocket disini

Anda Mungkin Suka