Sebelum ini tular situasi tegang apabila dua beranak bertindak ‘menyerang’ sebuah cawangan kedai 7-Eleven berikutan salah faham melibatkan tuduhan mencuri di kedai berkenaan.

Menjadi bualan ramai, wanita itu dikenali masyarakat kerana tindakannya yang dianggap biadab dan mengundang rasa pelik netizen apabila dirinya dipanggil untuk ‘review’ makanan. Kini, wanita tersebut dipanggil menjadi tetamu khas sebuah program TV pula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian PU Amin di Facebook, wanita yang dipanggil ‘kak long’ itu telah dijemput menjadi tetamu khas dalam sebuah rancangan TV. Menerima kecaman hebat netizen, maka perkongsian tersebut telah dipadam.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah berjaya ditangkap layar oleh segelintir netizen dan menjadi topik bualan ramai. Rata-rata netizen tidak bersetuju ‘kak long’ itu dijemput dalam rancangan TV seperti menyokong tingkah lakunya.

https://twitter.com/nabilrubyjane/status/1503548802740891648

Malah, para netizen mempersoalkan kenapa ‘kak long’ tersebut dipanggil ke stesen TV sedangkan banyak lagi individu yang lebih berkaliber dan memiliki sikap yang baik boleh dipanggil menjadi tetamu khas.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut bersetuju bahawa pengaruh media sangat besar dan hal ini membimbangkan kerana akan pengaruhi minda anak-anak lalu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan ‘kak long’ pada pautan di bawah ini.

Netizen Pelik Mengapa Ada Pihak Sanggup Ambil ‘Kak Long’ Untuk Buat Promosi Produk

Didakwa ‘Tuduh’ Anak Mencuri Di 7-Eleven, Tindakan Dua Beranak Ini Raih Perhatian Netizen

Diminta Dedahkan Rakaman CCTV ‘Tuduhan’ Mencuri, Ini Respon Daripada Pengurus 7-Eleven