Jika pada hujung minggu lalu tular mengenai majlis perkahwinan Neelofa bersama jejaka pilihannya, PU Riz yang didakwa tidak mematahi SOP sekaligus menjadi siasatan pihak polis, pasangan ini sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas disahkan berada di Langkawi.

Apa yang menjadi persoalan netizen adalah bagaimana pasarangan ini berpeluang untuk merentas khususnya daripada negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Langkawi yang berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ExvDmqeUYAMiFmC

Walau bagaimanapun, segalanya terjawab pada malam tadi selepas disahkan Neelofa dan PU Riz disahkan berada di Langkawi apabila Chatime Malaysia selaku francais rangkaian minuman bubble tea tampil dengan sebuah kenyataan rasmi memaklumkan pasangan ini ke Langkawi atas pembukaan cawangan dan bakal turut membuat lawatan ke Sungai Petani dan Kangar.

Ironinya, siasatan netizen di laman web Chatime mendapati pihak Chatime sebaliknya tidak menyenaraikan tiga lokasi yang disebutkan dalam kenyataan rasmi iaitu Langkawi, Sungai Petani dan Kangar dalam senarai cawangan yang bakal dibuka Chatime sekaligus membuatkan netizen berang.

167160244_10225187281332036_9104944206447235372_n

Setakat artikel ditulis, didapati laman Facebook Chatime Malaysia dilihat sudah menurunkan perkongsian mengenai kenyataan rasmi Neelofa dan PU Riz ke Langkawi. Walau bagaimanapun, laman Facebook ini masih lagi dibanjiri komen daripada para netizen.

Dilaporkan pembantu peribadi Neelofa telah tampil ke balai polis bagi memberi keterangan walau bagaimanapun memilih untuk tutup mulut isu majlis perkahwinan yang tidak mematuhi SOP.

Selesai Beri Keterangan, Pembantu Peribadi Neelofa Tutup Mulut Isu Majlis Perkahwinan Tidak Patuh SOP

Anjur ‘Fashion Show’ Tidak Patuh SOP, Tindakan Jenama Fesyen Terkenal Ini Buat Netizen Berang