Kerajaan telah mengumumkan rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek, Penjana yang akan memperkenalkan sejumlah langkah rangsangan bagi membantu ekonomi di tengah-tengah wabak COVID-19.

Pelan pemulihan ini juga termasuk dengan inisiatuf untuk merancakkan kembali sektor automotif. Antara pelan yang diperkenalkan adalah pengecualian cukai jualan (SST) 100% pada model pemasangan tempatan (CKD) dan pengecualian sebanyak 50% pada model import (CBU) dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Dengan beberapa jenama kereta sedang menyiapkan senarai harga baharu dan Perodua menjadi jenama kereta pertama yang mendedahkan harga baharu yang dikecualikan SST. Namun, pengecualian cukai jualan ini tidak termasuk untuk trak pikap.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), trak pikap tidak akan mendapat faedah daripada pengecualian cukai jualan. Ini kerana ia diklasifikasikan sebagai kenderaan komersial – insentif yang diperkenalkan kerajaan hanya untuk kenderaan penumpang.

Melalui satu laporan yang dikeluarkan oleh laman Paul Tan, Sime Darby AutoConnexion dan Mitsubishi Motors Malaysia telah mengesahkan bahawa trak pikap seperti Ford Ranger, Mitsubishi Triton, Toyota Hilux, Nissan Navara atau Isuzu D-Max akan terus dijual dengan harga yang mempunyai SST. Walau bagaimanapun, trak pikap dilaporkan sudah menikmati beberapa pengurangan cukai.

Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan harga kereta akan dikecualikan cukai jualan sebanyak 100%, klik pautan di bawah untuk membaca.

Ini Anggaran Harga Kereta Selepas Kerajaan Mansuhkan Cukai Jualan Kereta 100%

Aplikasi MySejahtera ‘Hang’ Selepas Orang Ramai Mahu Menebus Kredit ‘E-Wallet’ RM50

Pas My30 Serendah RM1 Sehari Dan Kredit ‘e-Wallet’ RM50 Oleh Kerajaan Jadi Tumpuan Netizen