Saban tahun kemeriahan sambutan festival Songkran di Thailand berjaya menarik pelancong ke Thailand untuk menyertai keseronokan bermain air secara besar-besaran. Nampaknya, sambutan festival tersebut tidak akan dianjurkan pada tahun ini di Khaosan Road dan mungkin ini akan memberi kesan pada kedatangan pelancong.

Untuk pengetahuan anda, pembatalan festival tersebut adalah untuk mengelakkan sambutan tahunan Songkran bertembung dengan persiapan majlis pertabalan raja baharu Thailand. Walau bagaimanapun, tiada larangan untuk warga setempat meraikan festival tersebut secara sendiri berikutan tiada penganjuran rasmi daripada pihak penganjur.

Bagi anda yang tidak tahu, Thailand menyambut Songkran dari 13 hingga 15 April setiap tahun. Malah, Khaosan Road merupakan kawasan terkenal dalam kalangan pelancong untuk merasai sambutan Songkran. Anda mungkin boleh ke Thailand pada tahun depan untuk merasai sendiri kehangatan sambutan Songkran.

Anda Mungkin Suka