Satu perhimpunan besar-besaran telah berlaku di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini berikutan daripada keputusan mahkamah untuk kes berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berita Harian melalui siaran secara langsung menyatakan bahawa sejak pukul 7 pagi lagi kumpulan penyokong Najib telah mula berkumpul di hadapan mahkamah dan menyebabkan keadaan sesak namun dikawal oleh pihak polis dan anggota trafik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui ciapan Melissa Goh, wartawan Chanel News Asia yang berada di lokasi, dia menyatakan bahawa sebahagian daripada penyokong Najib menunggu di luar kompleks mahkamah, “Penjarakan sosial tidak wujud. Ramai juga diantara mereka tidak memakai pelitup muka.”

Difahamkan, perhimpunan ini telah melanggar segala SOP yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila tiada penjarakan sosial yang berlaku, manakala sesetengah daripada mereka tidak memakai pelitup muka.

Malaysia setakat hari ini telah mencatatkan 8,904 kes COVID-19 dengan 124 kematian. Selain itu, peningkatan kes sejak beberapa hari ini jelas menggusarkan pihak KKM yang sebelum ini bertungkus lumus untuk cuba menangani penyebaran wabak yang telah membunuh lebih 600,000 orang di seluruh dunia.

“Jika lepas ini kes naik and start PKP semula. Kesiannya family yang pendapatan dia based pada hari, kesiannya semua benda tertangguh. Lagi kesian dekat aku yang tak dapat balik kampus nak habiskan task dekat makmal. Tak kesian ke dekat kami yang kena extend belajar ini,” keluh @dihahhhhh, seorang pengguna Twitter.

Bagi Asrul Muzaffar pula, “Politik tu politik la juga. Harap YB @IsmailSabri60 dan @DGHisham tegur sikit mereka yang tak ikut SOP KKM dan tak amalkan social distancing di Mahkamah KL pagi ini,” sebelum dibalas oleh Najwan Hilimi, “Kluster Bossku dalam pembikinan.”

Bagi sesetengah netizen pula mereka tidak faham bagaimana perhimpunan ini dibenarkan berlaku sedangkan kes COVID-19 di Malaysia masih belum pulih sepenuhnya, “Bayangkan sekiranya ada [yang] positif COVID-19 dalam kalangan mereka. Bawak virus ke kampung halaman (lebih-lebih lagi balik raya nanti). Usahkan 3 digit, 4 digit pun possible. Harap tindakan diambil sementara mereka masih disana,” kata Adib Abdullah.

“Bayangkan Kluster Bossku membawa kita ke tiga digit jangkitan sehari dan memaksa kita untuk berada dalam perintah penguncian semula,” tulis Amirul Ruslan di laman Twitter miliknya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas salah satu pertuduhan salah guna kuasa, melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Keputusan yang dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut, lapor Sinar Harian.

Bagi Nooryana Najwa Najib, dia mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang sanggup hadir ke Mahkamah hari ini bagi menyatakan sokongan kepada ayahnya yang terlibat dengan beberapa tuduhan melibatkan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Terdahulu, Najib Razak bengang apabila ditanya oleh wartawan Al Jazeera mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Najib Razak Bengang Apabila Ditanya Tentang Kes Altantuya

Najib Razak Dan Isteri Bakal Muncul Dalam Siri Dokumentari ‘Dirty Money’ Di Netflix?

Najib Razak Buat ‘Cameo’ Lagi Di Korea Selatan