Tular sejak akhir-akhir ini apabila dilihat orang ramai mulai menyerbu ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) apabila dimaklumkan terdapat lokasi yang menawarkan vaksin secara walk-in.

Meskipun usaha yang dibuat disambut baik oleh orang ramai, kesesakan yang berlaku terkadang membuatkan para netizen bimbang mengenai risiko jangkitan wabak COVID-19 sewaktu pengambilan vaksin di mana para penerima perlu beratur panjang. Lebih merisaukan apabila kesesakan yang berlaku tidak dapat dikawal manakala terdapat penerima yang beratur dengan mengendahkan isu penjarakan.

Dalam usaha untuk menerusi memudahkan orang ramai, MCPlus selaku kumpulan yang menjalan tusyen terbesar Malaysia secara dalam talian hadir dengan inisiatif untuk membuat garisan berdekat lokasi yang menawarkan vaksin.

Menerusi perkongsian, difahamkan usaha yang dijalankan dalam memastikan orang ramai dalam mengikut SOP serta menjaga penjarakan sesama individu. Menariknya, pihak mereka sanggup mengeluarkan modal sendiri dalam memastikan orang ramai yang bakal mendapatkan vaksin lebih mudah untuk mengikut SOP yang ditetapkan.

Screen Shot 2021-08-12 at 2.45.27 PM

Sumber: instagram mcplus

Screen Shot 2021-08-12 at 2.45.48 PM

Sumber: instagram mcplus

Usaha keras yang dilakukan MCPlus nyata membuatkan para netizen kagum dan berterima kasih atas pengorbanan mereka yang bekerja keras membantu orang ramai.

Screen Shot 2021-08-12 at 11.13.16 AM

Sumber: Instagram MCPlus

Screen Shot 2021-08-12 at 11.13.29 AM

Sumber: Instagram MCPlus

Screen Shot 2021-08-12 at 11.13.37 AM

Sumber: Instagram MCPlus

Berdasarkan usaha baik yang dijalankan oleh pihak MCPlus, diharap orang ramai dapat mengikut SOP dalam menjaga penjarakan sekaligus dapat mengurangkan risiko penularan wabak sewaktu proses mendapatkan vaksin COVID-19. Tahniah dan terima kasih diucapkan buat pasukan MCPlus atas tindakan pantas yang dilakukan kumpulan ini.

Tular pada minggu lalu apabila aplikasi Setel menjadi penyelamat buat lelaki ini setelah beliau tersangkut dalam bilik air di sebuah stesen minyak terkenal.

‘Tersangkut’ Dalam Bilik Air Stesen Minyak, Lelaki Ini Guna Aplikasi Setel Sebagai Penyelamat

Angkara Langgar Pelumba Basikal Negara, Atlet Britain Ini Sudah Mulai ‘Diserang’ Netizen Tempatan

Pernah Menjadi Lokasi Tumpuan Di Kedah, Netizen Sayu Lihat Keadaan Terkini Pacific Star Parade

Anda Mungkin Suka