Pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum kali ke-14 (PRU14) semalam jatuh pada tarikh yang sama dengan konsert Bruno Mars di Axiata Arena Bukit Jalil iaitu pada 9 Mei ini.

Berikutan dengan itu penganjur konsert 'Bruno Mars in Kuala Lumpur', PR Worlwide semalam telah mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook bahawa konsert tersebut tetap berjalan seperti yang dijadualkan.

https://www.facebook.com/PRWorldwide/posts/10155713239451443

Mengikut jadual, konsert itu akan dijalankan pada sebelah malam iaitu pada pukul 8.30 malam. Rekod pihak penganjur menyatakan bahawa kesemua tiket untuk konsert di Kuala Lumpur telah habis terjual.

Peminat yang sudah membeli tiket rata-rata berasa bimbang jika konsert itu terpaksa dibatalkan disebabkan proses mengundi yang akan dijalankan pada siangnya. Ada juga peminat yang menulis mereka tidak akan menghayati konsert itu sepenuhnya kerana terlalu memikirkan keputusan pilihan raya yang akan menentukan masa depan negara.

ae6b7a34-e68e-4cd4-b16d-9be0e2f9952c.jpg-resize-_opacity_100-frame_bg_color_FFF-gravity_center-q_70-preserve_ratio_true-w_2048_

Difahamkan Bruno Mars akan melakukan konsert di Singapura terlebih dahulu sebelum ke Malaysia.