Sedia maklum, kita haruslah menjaga dan pelihara peninggalan warisan seperti tapak, barangan dan lain-lain agar generasi akan datang masih dapat melihatnya.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Megat Mohd Shahrin telah berkongsi rasa tidak puas hati terhadap sebuah produksi drama yang menjalankan pengambaran drama di sebuah gua yang terletak di Gunung Masoorat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsiannya itu, pihak produksi drama tersebut tidak memiliki permit menjalankan pengambaran drama di gua tersebut dan juga telah bertindak secara tidak profesional.

Mana tidaknya, fosil yang menjadi harta warisan telah dirosakkan dan juga dinding gua turut rosak akibat grafiti. Bukan itu sahaja, terdapat sampah seperti bekas makanan, tisu dan lain-lain ditinggalkan dalam gua.

Menurut Megat Mohd Shahrin, pihaknya masih menunggu maklum balas dari pihak produksi selepas perbincangan bersama Datuk Bandar. Menerusi perbincangan, pihak produksi tidak menafikan perkara itu dan secara lisan mengatakan akan bekerjasama bersama pihak Jabatan Mineral dan Galian serta Jabatan Warisan untuk membaik pulih kerosakan tersebut.

Akan tetapi, hingga kini pihaknya masih belum ada maklumbalas dan tiada tindakan susulan telah diambil berhubung isu ini. Malah, pihaknya berharap pihak produksi drama tersebut akan menebus kesilapan mereka dan memperbaiki kerosakan itu. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Anjur ‘Fashion Show’ Tidak Patuh SOP, Tindakan Jenama Fesyen Terkenal Ini Buat Netizen Berang

Dituduh Hidang Daging Babi, Restoran Sushi Jiro Nafikan Dakwaan Wanita Ini

Gadis Bertudung Pergi Kelab Malam Demi Minum Milkshake Undang Kecaman Netizen