Hampir seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya dengan kemelut politik negara yang berlaku pada hari ini. Bermula dengan peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, keputusan ini turut diikuti dengan pengunduran parti Bersatu daripada Pakatan Harapan serta 11 ahli daripada PKR.

Keputusan yang dibuat oleh Tun Mahathir, Bersatu dan beberapa ahli PKR ini sekaligus membuatkan muafakat Pakatan Harapan tidak lagi mempunyai jumlah ahli majoriti mewakili pihak kerajaan.

Terbaharu, berdasarkan kemelut politik yang masih belum mendapat kata putus, Yang di-Pertuan Agong telah telah berkenan melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Difahamkan keputusan ini dibuat sementara menantikan pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang baharu selaras dengan perlembagaan persekutuan.

Selaku Perdana Menteri interim, beliau bakal menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baharu dilantik. Tahniah diucapkan buat Tun Mahathir diatas jawatan yang diterima beliau.

Untuk pengetahuan, Tun Mahathir baru sahaja menyerahkan surat peletakan jawatan kepada YDPA seawal tengah hari tadi. 

Tun Mahathir Dilaporkan Serah Surat Peletakan Jawatan Sebagai Perdana Menteri Kepada YDPA

Sekadar ‘Makan Malam’, Tun Mahathir Buktikan Terima 131 Sokongan Ahli Parlimen

Sumber