Penyanyi terkenal, Yuna menjadi bualan ramai selepas memuat naik foto di Instagram Story mengenai pendengar musiknya di aplikasi Apple Music.

Menerusi Instagram Storynya itu menunjukkan dia terharu kerana sebanyak 70 juta orang yang mendengar lagu-lagunya di Amerika Syarikat (AS).

Baca Juga:

Dalam pada itu, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah mengatakan kepada salah satu syarikat rakaman di Kuala Lumpur yang dia akan menandatangani kontrak jika syarikat tersebut melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.

Malah, wakil syarikat rakaman dari Kuala Lumpur itu memandang rendah kepadanya dan berkata, tidak ada sesiapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.

Sementara itu, penyanyi yang pada mulanya mempamerkan bakatnya di media sosial Myspace dan Youtube itu membuktikan lagu-lagunya telah dimainkan 70 juta kali oleh peminatnya di Amerika Syarikat sahaja.

Tambahnya lagi, jika mahu kejayaan dan mancapai cita-cita yang diimpikan, pedulikan apa orang kata dan terus maju ke hadapan untuk berjaya.

Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan dia amat bersyukur mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang jauh’.

Pada tahun 2022 ini, Yuna telah membuktikan kejayaannya dan berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar muziknya, malah ada yang membeli Apple Music untuk mendengar lagu-lagunya yang hit itu.

Bukan itu sahaja, penyanyi Imran Ajmain turut memuat naik Instagram Story Yuna di akaun Twitter miliknya. Dia berbangga dengan kejayaan artis Malaysia itu sambil menulis ‘What a flex‘ dengan kejayaan Yuna.