Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Walaupun pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan sudah ada tindakan yang diambil, namun kegiatan memasang pendakap gigi (braces) secara tidak bertauliah dilihat masih terus berlaku.

Perkara itu baru-baru ini kembali mencuri tumpuan selepas seorang netizen @hyphenminmin berkongsikan masih terdapat individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.

Perkhidmatan pemasangan pendakap gigi tidak bertauliah itu menerusi perkongsiannya difahamkan dilakukan oleh seorang wanita- yang berkongsikannya di aplikasi TikTok.

Kejadian tersebut telah mencetus kemarahan netizen terutama sekali apabila mereka mengetahui wanita tersebut tidak mempunyai sebarang sijil dalam mengendali pemasangan pendakap gigi tersebut.

Masih mahu menegakkan benang yang basah

Menyedari perbuatan tersebut tidak bertanggunghjawab, seorang lagi netizen @hazimazmann kemudiannya menghubungi individu tersebut untuk memberitahu tentang bahaya perkhidmatan yang dibuatnya.

Bagaimanapun, usahanya itu kembali dipersoalkan individu berkenaan yang memberikan pelbagai alasan seperti ramai yang mendapatkan perkhidmatannya.

Bukan itu sahaja, malah wanita berkenaan dalam responnya juga seakan-akan berkeras walaupun ditanya kenapa masih meneruskan perkhidmatannya walaupun tidak mempunyai sebarang pentauliahan untuk berbuat demikian.

“Tidak dapat sijil sebab ada hal tertentu awak, bila dah keluar dari kerja di bawah seseorang itu kita perlahan-lahan buat sendiri.

“Alhamdulillah lah yang cakap fake braces’ ini pun tiada lagi gigi pelanggan yang rosak,” jawab beliau.

Walaupun rata-rata rakyat Malaysia menganggap perkara tersebut tidak kelihatan seperti mereka mematuhi piawaian kesihatan yang ditetapkan bagi doktor pergigian, wanita tersebut tetap menganggap perkara tersebut tidak berbahaya kepada pelanggan.

“Dalam video memang nampak macam tidak bagus sebab kami pun tengah lengkapkan semua benda untuk perniagaan ni.

“Macam saya cakap walaupun buat pendakap gigi atas lantai banyak gigi pelanggan yang okay walaupun orang yang kecam cakap ‘fake braces’ tu bahaya,” balas beliau.

Tindakan wanita berkenaan itu yang masih berkeras dengan ‘perniagaan’ yang dijalankannya itu menerima reaksi negatif daripada netizen.

Bukan sahaja tidak mempunyai sebarang pengiktirafan malah beliau juga dirakam hanya melakukan rawatan berkenaan di atas lantai tanpa peralatan dan persekitaran yang sesuai.

Back to basic, bracket braces tu pun kita tak tahu dari mana dan sterilize ke tidak,” komen salah seorang netizen.

Malah jelasnya terdapat pelbagai proses yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu dipakaikan dengan pendakap gigi.

“Aku punya lah payah nak pakai braces ni. Kena jumpa pakar dulu lepas itukena gigit macam tanah liat tu.

“Kemudian kena buat x-ray rangka mulut, gigi *sakit jugak lah haha*.

“Dah siap tu, jumpa pakar lagi sekali untuk tentukan berapa gigi kena cabut. Lepas dah cabut gigi, baru lah boleh pakai,” jelas seorang lagi netizen.

Diharap dengan perkongsian ini, ia dapat menjadi ikhtibar kepada orang ramai untuk tidak melanggan mana-mana perusahaan pergigian tanpa lesen.

Kepada sesiapa yang telah ternampak atau mengetahui sesiapa yang melakukan perkara tersebut, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baca perkongsian kami yang berjaya ‘trending’ pada minggu ini. Klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Kenapa Anda Dilarang Menggunakan Gambar Ini Sebagai ‘Meme’ Atau Bahan Jenaka?

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Disangka Miliki Semangat ‘Mistik’, Pencipta Dybbuk Box Jelaskan Perkara Sebenar

Anda Mungkin Suka