Pasti anda pernah dengar beberapa kes duit hilang dalam akaun bank, bukan? Jika terjadi kepada anda, mesti anda akan berasa panik dan tidak tahu mahu buat apa serta rasa sedih.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @anissurayaaa telah berkongsi cara untuk anda dapatkan semula duit yang hilang dalam akaun bank. Apa yang penting jangan panik dan jom ikuti cara yang dikongsi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Hubungi nombor di belakang kad bank

Anda dinasihatkan untuk terus hubungi nombor yang ada di belakang kad bank dan maklumkan bahawa ada transaksi tidak diketahui. Kebiasaannya pihak khidmat pelanggan akan kata pihak bank akan jalankan siasatan dan sekat kad bank.

2. Tangkap layar segala transaksi

Pastikan anda tangkap layar kesemua transaksi dan highlight transaksi yang tidak diketahui agar memudahkan siasatan.

3. Muat turun ‘Dispute Form’

Anda cari sahaja di Google ‘dispute form’, kemudian muat turun dan isi. Untuk makluman, pihak khidmat pelanggan tidak akan sebut tentang hal ini.

4. Hantar ‘dispute form’ melalui e-mel

Anda hantar borang tadi bersama dengan tangkap layar transaksi kepada bank ([email protected] / [email protected]) dan cc kepada Bank Negara Malaysia ([email protected]).

5. Buat kad baru

Kemudian, anda boleh ke cawangan bank berdekatan untuk membuat kad baru.

6. Tunggu duit masuk

Selepas membuat kesemua langkah-langkah di atas, anda hanya perlu tunggu emel balas dan juga tunggu duit masuk ke akaun bank anda.

Semoga perkongsian ini akan membantu anda jika tiba-tiba wang dalam akaun bank anda hilang. Hanya perlu ikuti semua langkah-langkah yang telah dikongsi ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Pelanggan Kongsi Cerita Dipukul Beberapa Pekerja Restoran Nasi Kandar Popular Di Negeri Sembilan

‘Ini Bukan Kondominium!’ – Netizen Kecewa Mentaliti Pentingkan Diri Segelintir Penduduk PPR Cop Parkir